Tuesday, April 3, 2012

Ronnie Liu Rayu RM1 Bilion Dari Noh Omar


Portal Selangorku hanya mampu mengalihkan perhatian rakyat Selangor berhubung isu banjir kilat di Klang dengan meletakkan kesalahan kepada kerajaan pusat, yang dikatakan gagal menurunkan peruntukan dalam menyelenggara dan menambahbaik sistem saliran di negeri berkenaan. (Baca petikan di bawah)

Malangnya, tiada sebarang laporan bergambar yang ditunjukkan kepada khalayak yang kerajaan negeri serius dalam membantu mangsa-mangsa banjir.


Rakyat perlu tahu, dalam foto di atas mekipun wujud khemah operasi membantu mangsa (hanya terhad dalam penyediaan makanan), tetapi sebenarnya ia adalah atas inisiatif Ketua Cawangan UMNO kawasan berkenaan. [Baca laporan di SINI].

Rakyat juga perlu tahu, bahawa lokasi ADUN dan MP DAP (M. Manoharan dan Charles Santiago) yang mewakili tempat bencana tidak datang membantu. 

Rakyat juga perlu tahu bahawa lokasi bencana hanya terletak di seberang jalan besar dengan Markas PAS yang saban bulan mengadakan ceramah mencaci dan menyalahkan BN. Namun, walau hanya menyeberang jalan besar, PAS kawasan Klang tidak tampil memberikan bantuan.

Bukan itu sahaja, meskipun kediaman YDP PAS Ismail Arshat (yang juga orang kanan Ronnie Liu) hanya dipisahkan oleh sungai yang melimpahkan air semasa kejadian, tetapi tidak muncul sebagai tanda prihatinnya kepada mangsa banjir.

Malah rakyat juga perlu tahu bahawa pemimpin-pemimpin PR di Klang hanya nampak mikrofon dan rostrum, dalam ertikata hanya pandai bercakap berbanding perbuatan.

Semua ini adalah hakikat kelemahan pentadbiran PR di Selangor.

Peluang Ku Li & Hasan Ali Tebus Kesilapan


Tentunya kita tidak dapat menolak adanya persamaan dari segi karekter diantara Ku Li dan Dr Hasan Ali.

Hakikatnya Ku Li punya peranan dalam menjatuhkan kerajaan BN di Kelantan pada PRU1990 dan dituruti oleh Dr Hasan Ali dalam menumbangkan pentadbiran BN di Selangor pada PRU 2008.

Mengimbas kembali PRU1990, Ku Li yang memimping Semangat 46 telah bergabung dengan PAS melalui Angkatan Perpaduan Ummah (APU) mengambilalih kerajaan negeri Kelantan. Semuanya bermula dari kegagalan Ku Li dan Team Bnya dalam bersaing dengan Team A pimpinan Tun Dr Mahathir dalam pemilihan UMNO 1987. Sokongan padu perwakilan UMNO Kelantan telah membawa kepada kekecewaan dan seterusnya membawa kepada penubuhan S46 yang menyaingi UMNO di Kelantan.

Hanya kerana pertembungan peribadi Ku Li - Tun M, akhirnya keuntungan diraih oleh PAS yang menjadi teraju pemerintahan kerajaan Kelantan hingga ke hari ini.

Sementara itu, adalah tidak dapat dinafikan bahawa Dr Hasan Ali adalah antara arkitek utama yang menjatuhkan kerajaaan BN di Selangor. Namun, dari segi labanya ia tidak diraih oleh Hasan dan PAS, sebaliknya yang lebih beruntung ialah PKR dan DAP.

Kesimpulannya, ternyata terdapat persamaan dalam karekter Ku Li dan Hasan. Kedua-duanya, meskipun masing-masing berjaya menumbangkan UMNO dan BN di Kelantan dan Selangor tetapi tidak memberikan sebarang manfaat kepada agama, bangsa dan negara.

Mungkin jika dilihat dari sudut usia, kedua-duanya kelihatan sebagai kuda tua dalam politik. Akan tetapi, untuk PRU13 yang bakal berlansung dalam tempoh terdekat, sebenarnya medan dan peluang untuk menebus kesilapan masing-masing.

Kalau mereka ingin menebus kesilapan, jangan malu untuk mengaku keterlanjuran. Sesungguhnya, jika Kelantan dan Selangor kembali ke tangan parti yang lebih berkemampuan lagi kredibel, anda berdua pastinya dianggap telah mengangkat martabat agama, bangsa dan negara anda!

Monday, April 2, 2012

Nizar Dipenjara 16 Bulan

PUTRAJAYA 2 April – Seorang guru Bahasa Inggeris terpaksa meringkuk dalam penjara selama 16 bulan atas dua kesalahan merangsang dua murid lelaki Tahun Enam untuk melakukan kelucahan melampau, selepas Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan akhirnya.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk K.N. Segara yang bersidang bersama Datuk Azhar Ma'ah dan Datuk Linton Albert sebulat suara menolak rayuan Muhammad Nizar Shuib, 31, terhadap sabitan dan hukuman penjara lapan bulan bagi setiap kesalahan.

Ketika kejadian lapan tahun lalu, perayu merupakan guru Bahasa Inggeris di sebuah sekolah rendah di Kedah dan dia turut mengajar tuisyen mata pelajaran itu di rumahnya selepas waktu sekolah. Kedua-dua mangsa merupakan muridnya. [Utusan]

T Minus 90 - Tajuk Klip Video Anwar Yang Terbaru?


T Minus 90 (T - 90) adalah tajuk klip video Anwar yang terbaru?

Sebenarnya tidak.

T = Time (Masa), Minus bermaksud (tolak) sementara 90 adalah merujuk kepada days (hari).

Maksud sebenarnya ialah gerakkerja yang BN Selangor, yang kini memasuki fasa terakhir berlawan dengan masa sebelum pembubaran parlimen.

Formula ini dikemukakan dan dituntut untuk aplikasi dikalangan jentera piliharaya BN Selangor oleh Pengarah Pilihanrayanya DS Zin Mohamed sebagai persiapan PRU13 dalam konteks mengambilalih pentadbiran negeri Selangor dari Pakatan Rakyat.

Kadir Sheikh Fadzir Kecewa Bila Tahu Ku Li Ikrar Sokong Najib Dalam Pertemuan Empat Mata Dengan Najib Di Pejabat PM Pada Ahad 25 Mac


Pak Kadiaq menjadi orang paling kecewa, apabila Ku Li sendiri mendedahkan pertemuannya dengan PM DS Najib Razak di pejabat PM pada Ahad 25 Mac yang lalu.

Tambah mengecewakan Pak Kadiaq, mereka hanya membincangkan kebajikan orang Asli di Gua Musang, tanpa membincangkan kebajikan untuk dirinya.

GUA MUSANG: Kerajaan persekutuan meluluskan peruntukan sebanyak RM3 juta untuk membuka ladang kayu gaharu di kawasan perkampungan Orang Asli di Gua Musang dalam masa terdekat ini, kata Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.
Tengku Razaleigh berkata peruntukan permulaan itu diluluskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika beliau mengunjungi Perdana Menteri di pejabatnya di Putrajaya Ahad lepas (25 Mac).
"Saya menemui Perdana Menteri sebelum saya datang ke majlis ini supaya apa yang saya cadangkan untuk membuka ladang kayu gaharu menjadi kenyataan," kata Ku Li kepada pemberita.

Sunday, April 1, 2012

Laporan Malaysiakini - UMNO Silap Pakatan Rakyat Songlap

Malaysiakini dalam laporan menyatakan kehilangan tanah Masjid Bayan Mutiara adalah disebabkan kesilapan UMNO.

Kalau benar UMNO yang silap, apakah ini adalah lesen untuk Pakatan Rakyat dan khususnya DAP untuk songlap?

"Kalau Nazri Aziz jadi calon sekalipun saya tetap undi," - Ikrar Tun Dr Mahathir

'Surprise birthday cake' untuk Zin di perasmian Mesyuarat
UMNO cawangan-cawangan dalam Bahagian Klang
Dalam ucapannya Perasmian Serentak Mesyuarat UMNO Cawangan-Cawangan UMNO dalam Bahagian Klang, Setia Usaha Perhubungan UMNO Selangor DS Zin Mohamd mengingatkan undi setiap ahli UMNO adalah amat penting kepada kepada kemenangan BN di Selangor.

Beliau memberitahu ahli-ahli UMNO di Klang bahawa meskipun pernah berlaku perbezaan pendapat antara Tun Dr Mahathir dengan DS Nazri Aziz, Tun M pernah berikrar iaitu, andainya Nazri menjadi calon ditempatnya mengundi, beliau tetap akan mengundi Nazri.

Maksudnya, Zin ingin memberi mesej betapa perbezaan peribadi harus diketepikan dan kemenangan BN di Selangor wajib diberi keutamaan oleh seluruh ahli UMNO.

Perasmian serentak itu telah berlangsung semalam di Hotel Crystal Crown, Pelabuhan Klang dan surprise birthday cake untuk Zin telah dihadiahkan oleh UMNO Bahagian Klang, yang tarikh hari jadinya jatuh 2 hari sebelumnya.