Monday, December 19, 2011

DAP Halang Ronnie Liu Pertahan Kerusi DUN Pandamaran - Bakal Diganti Oleh Teo Nie Ching?


Desas-desus mengatakan bahawa Exco Kerajaan Selangor Ronnie Liu tidak akan mempertahankan kerusinya di DUN Pandamaran dan diberitakan akan mencari kawasan yang lebih selamat. Kemungkinan besar, MP Serdang Teo Nie Ching akan mengambil tempat itu.

Samada Ronnie mempertahankan kerusi itu atau tidak BN Selangor, melalui motto "Sayangi Selangor, Yakini BN" yakin mereka akan dapat merampas semula kerusi DUN Pandamaran.

Selain dari, sambutan luar biasa terhadap PM DS Najib Razak di Klang pada 14 Disember  yang lalu, perjumpaan BN Klang yang sekadar menampilkan pemimpin-pemimpin peringkat negeri dan peringkat kawasan parlimen yang berlangsung malam tadi, mendapat sambutan begitu diluar dugaan.

Kini BN Selangor yakin, BN bakal membuat upset di kawasan parlimen Klang dengan merampas kerusi berkenaan dari DAP.

Dengan badai "feel good factor" yang memihak kepada BN di Klang, kemungkinan-kemungkinan itu tidak mustahil untuk berlaku.

Begitu juga dengan penerimaan terhadap penampilan Ketua Wanita UMNO DS Sharizat Jalil dalam program di Ampang, pasti akan membawa gelombang "Sayangi Selangor, Yakini BN" yang bakal menjadi trauma kepada PR di Selangor.

Nampaknya, semua berjalan lancar untuk pembubaran parlimen!

Tanpa penglibatan pemimpin peringkat nasional

Respons yang amat menggalakkan dari masyarakat

Dewan penuh sesak hingga tiada tempat duduk

Koleksi Gambar Pertemuan Sulit Anwar - Mahasiswa Untuk Buat Huru Hara?



Gambar-gambar di atas, dikatakan sebagai bukti penglibatan Anwar Ibrahim dalam memperalatkan pelajar-pelajar, dalam persaingannya dengan Najib.

Lagi gambar-gambar berkaitan, klik Revolusi Minda Key Marzuki.

Orang Khalid Ibrahim Sertai BN?


Lelaki yang yang wajahnya dibulatkan di atas, dirakamkan dalam satu majlis perjumpaan wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat Selangor pada Februari 2009, bertempat di kediaman MB Selangor.

Ini adalah wajah yang lebih jelas, dirakam pada majlis yang sama.


Kini lelaki yang sama (No.2 dari kanan), hadir di majlis anjuran BN beserta dengan bekas ahli-ahli AMK di majlis perjumpaan BN Klang yang berlangsung malam tadi.

Difahamkan kesemua mereka telah menyertai BN.

Sunday, December 18, 2011

Anwar Ke Turki Nak Beli Hospital?



Anwar Ibrahim hendak membeli rangkaian hospital di Turki?

Jawapannya tentulah tidak, kerana yang akan membeli rangkaian hospital di Turki ialah Khazanah Nasional Berhad.
KHAZANAH Nasional Bhd bercadang mengambil alih 75 peratus kepentingan dalam pengendali rangkaian hospital terbesar di Turki, Acibadem bagi memperluaskan pelaburannya dalam sektor penjagaan kesihatan global.
Sayap pelaburan Kerajaan Malaysia itu menguasai 15 peratus kepentingan secara langsung dalam pengendali hospital berkenaan manakala baki 60 peratus akan dikuasai secara tidak langsung menerusi anak syarikatnya, Integrated Healthcare Holding (IHH).
Turkish Competition Authority, berkata, pihaknya sudah menerima permohonan daripada pemegang saham Acibadem, Almond Holding dan keluarga Turki, Aydinlar berhubung penjualan kepentingan masing-masing dalam pengendali rangkaian hospital terbesar di Turki itu kepada kumpulan Khazanah. [Berita Harian]
Walau bagaimana pun Anwar bercadang ke Turki selepas jatuh hukum. Nak lari kot?

Pelajar Malaysia Gagal Atasi Pelajar Indonesia Di Lim Kwok Wing University



Pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia, Jelita Septriasa hari ini dianugerahkan Anugerah Kepimpinan Presiden Universiti Lim KokWing di atas pencapaian cemerlang beliau dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Acha Septriasa merupakan antara 1,000 graduan universiti itu yang menerima diploma dan ijazah masing-masing pada majlis konvokesyen di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) tersebut. [Utusan]

Adam Adli Jambu Baru Penjulang "Torch Light Budiman" Anwar Ibrahim

Torchlight Budiman Anwar Ibrahim

Suluh Budiman dan UPSI adalah sinonim. Takkan sanggup nak ditukar kepada "Torchlight Budiman".

Meskipun pada zahirnya R.O Windsted merupakan orang yang bertanggungjawab kepada tertegakkanya Maktab Perguruan Sultan IdrisShah (MPSI - turut dikenali sebagai SITC dalam sebutan Bahasa Inggeris) pada tahun 1922, namun matlamatnya, hanya sekadar mahu melahir guru-guru yang boleh mengajar anak-anak Melayu yang boleh membaca dan mengira. Dalam kata lain, guru-guru ini cukup sekadar akan melahirkan anak-anak Melayu yang lebih pandai sedikit dari ibu bapa masing-masing.

Matlamat mereka, kalau bapa petani maka anak-anak pun mesti jadi petani, sementara kalau berasal dari keluarga nelayan maka ke laut juga individu tersebut diarahkan menjadi rezeki.

Matlamat British nyata tersasar jauh kerana dari premis itulah lahirnya tokoh-tokoh nasionalisme seperti Ibrahim Yaakob, Ghafar Baba, Senu Abdul Rahman, Abdul Rahman Talib, Syed Nasir, Embong Yahya dan ramai lagi tokoh yang tersebut di sini.

Budayawan dan ahli akademik turut terlahir disamping tokoh-tokoh politik, contohnya Awang Had Salleh, Embong Yahya, Buyong Adil, Harun Aminursahid, Shahrum Hussain dan lain-lain.


Justeru tidak hairanlah MPSI dikenali sebagai 'Suluh Budiman'.

Apabila Anwar Ibrahim menjadi Menteri Pelajaran, pada tahun 1987 MPSI telah diangkat menjadi Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI) yang kedudukannya lebih tinggi dari maktab-maktab perguruan lain di negara ini.

Akhirnya, 10 tahun kemudian IPSI telah dinaiktaraf menjadi universiti dan kini dikenali sebagai UPSI. Arkib lengkap berkenaan latar belakang UPSI, klik SINI.

Malang sekali, apabila 'Suluh Budiman' yang pernah melahirkan negarawan, budayawan dan karyawan negara, kini wujud pula anak-anak UPSI yang menjadi alat demi menjulang "Torchlight Budiman" Anwar Ibrahim.


Kelmarin dilaporkan, seoarang pelajar semester 5, UPSI telah menjadi alat "Torchlight Budiman" Anwar dengan sikap kurang ajarnya, menceroboh bangunan premis ibupejabat UMNO. Bukan itu sahaja, pelajar berkenaan yang bernama Adam Adli, dengan biadap menurunkan bendera berwajah Najib.


Hakikatnya, foto diatas menjelaskan keintiman Adam dengan pemilik "Torchlight Budiman" Anwar Ibrahim.

Provokasi Anwar?

Apakah Anwar hendak memulakan?