Wednesday, September 2, 2015

"Dia tak ada urusan dengan keluarga saya," Tempelak Dr Hatta Ramli Pada MB Kelantan Berhubung Isu Cerai Talak 3


Dengan penuh yakin, Ahli Parlimen Kuala Kerai Dr Hatta Ramli menafikan dakwaan MB Kelantan Datuk Ahmad Yaakob bahawa beliau kini secara automatik bercerai talak tiga dengan isterinya, lapor Malaysikini.

Sebaliknya, Hatta secara sinis berkata, "Terima kasih dekat dia (Ahmad) kerana mengaturkan hidup saya. Tak ada apa pun.Biarlah. Dia tak ada urusan dengan keluarga saya."

Dengan keyakinan yang ditunjukkan oleh Hatta itu, bagai mahu membuktikan bahawa beliau tidak pernah menandatangani dokumen baiah cerai talak tiga, seperti yang didakwa.

Kemungkinan itu ada, memandangkan kedudukan Hatta sebelum ini sebagai Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat dan lantaran itu barangkali pucuk pimpinan telah terlepas pandang, hingga Hatta sendiri tidak menurunkan tandatangan seperti dilakukan oleh calon-calon lain.

6 comments:

Anonymous said...

Soal talak tak boleh main-main,gurauan pun boleh jatuh inikan pula sudah berakujanji.Kalau dah jadi Syaih tak tahulahmungkin di kira ok oleh fahaman tersebut.Nikah mutaah pun jadi.

Anonymous said...

memang la tak ada urusan dengan keluarga kamu
tapi sumpah akujanji baiah ni jangan dibuat main
tak di tegur nanti di tuduh bersubahat dan merelakan kemungkaran
yang menegur kamu sudah terlepas dari tanggungjawap di akhirat kelak tapi kamu tu ... sudah maklum tapi buat2 tak tahu
jangan sampai seluruh keluarga dilaknat .... fikir la sewaras yang mungkin

Anonymous said...

Hidup didunia hanya semntara.... Jangan kerana kepentingan politik dunia, hukum ugama dipandang ringan...
DR. Hatta perlu jelaskan kenapa tak jatuh talak 3... adakah dia tidak menangani bai'ah tersebut atau sebab-sebab lain...
Seperti yg dinyatakan oleh Mufti Negeri Kelantan kalau mahukan keyakinan mengenainya rujuk Mahkamah Syariah yang mempunyai kuasa dan hak untuk memutuskan...jangan hanya guna fikiran sendiri yang lemah...

Anonymous said...

tengok muka pun dah tau....

Anonymous said...

Berat, berat ni !
Yg dia gi setuju sumpah sumpah gitu wat per.
Bukan mende kecik ni.

Bab talak ni Nabi saw kata, gurau pun jadik, inikan pula dgn bersumpah dgn Nama Allah swt.
Anyway, gi lah rujuk kat mahkamah syariah, utk kepastian.

Anonymous said...

Semoga pemimpin2 parti cangkul nih dilaknat Allah kerana mempermainkan agama Islam...aminnnn