Friday, September 4, 2015

Budi Sekotak Tisu Buat Mengelap Air Mata Tidak Halang Hanipa Maidin Tolak PAS Sertai Pakatan Rakyat 2.0

Hanipa Maidin pernah menangis  di pentas PAS dan untuk memujuknya Ketua Dewan Pemuda PAS tampil dengan huluran sekotak tisu.

Rupanya peristiwa itu merupakan detik terakhir bagi Ahli Parlimen Sepang itu berucap di atas pentas PAS, setelah memilih haluan bersama Gerakan Harapan Baru (GHB) yang dalam proses merealitikan penubuhan parti baru atas nama Parti Amanah Negara (PAN).

Meski baru sekadar pengumuman penubuhan, bekas Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim, bagai menangguk mengalu-alukan kehadiran PAN untuk membentuk entiti baru Pakatan Rakyat 2.0, bersama DAP, PKR dan PAS.

Namun alu-aluan Anwar, tidak disenangi oleh Hanipa dengan menjadikan alasan hubungan DAP - PAS yang keruh, tidak memungkinkan saranan tersebut menjadi realiti. Hanipa sebaliknya berpendapat, keakraban dan keselesaan DAP bersama GHB, akan menjadikan Pakatan Rakyat 2.0 lebih signifikan sekiranya tanpa PAS.

Nampaknya Hanipa lebih menjurus kepada penerimaan DAP terhadap GHB mengatasi PAS dalam membentuk Pakatan 2.0, namun hakikatnya beliau gagal membaca kegagalan awal kelompok serpihan PAS itu dalam membawa turun pengikut-pengikut mereka untuk berdemontrasi ketika 'Bersih 4.0' hujung minggu lepas.

Kegagalan itu sudah cukup untuk menjadi bahan tawa para penyokong totok PAS, apabila ia sudah cukup untuk melihat sejauh mana kekuatan GHB.

Melihat kepada perbezaan undi yang besar antara kelompok ulama dengan kelompok GHB dalam pemilihan PAS Jun 2015 yang lalu, sudah cukup untuk menilai kekuatan dan keupayaan GHB.

Dalam pada itu, PAS Johor melalui kenyataan Pesuruhjayanya, Datuk Dr Mahfodz  Mohamed memberi isyarat awal terhadap kekuatan mereka berbanding GHB, apabila dengan yakin akan meletakkan 40 calon untuk kerusi DUN Johor. Kenyataan Mahfodz itu, sudah cukup untuk menutup ruang GHB untuk bertanding di Johor.

Bermakna peluang GHB di Johor kini bergantung sepenuhnya kepada ihsan DAP.

4 comments:

Anonymous said...

ITU PADAH DOA KAT ORANG LAIN KO/KO/KO Akhirnya sendiri yang KO/KO/KO. Apo nak dikato, Ahmad Awang/Tan Sri Mohd Taib/Aishah/Hanipa/Khalid Samad/Dr Hatta/Papa Razi pun terpedaya....Sikit hari Hj Hadi/Abduh dan "ulama-ulama" dalam PAS pun akan terpedaya demi "SURVIVAL" politik masing-masing. Wahai AHLUL PAS/PAN/PKR, apa anda semua tak sedar ke bahawa DAP ada parti keturunan KOMUNIS MALAYA. Nga Khor Meng/ Nga Khor... adalah anak buah Chin Peng.Parti DAP anti-Islam/Bumi/Perlembengaan/Raja dan segala institusi bumi di Malaysia. Mereka belum dapat kuasa politik. Tunggulah..bila depa dapat baru korang tahu.

hahahahah...September 4, 2015 at 12:29 PM ni kompem nek tempoyak ni....

Anonymous said...

sudah tiba masanya bangsa cina di hajar,hidup melayu