Wednesday, September 2, 2015

Bukan Calang-Calang Orang Bacakan Doa Sempena Penubuhan Sayap Islam DAP


Ustaz Ahmad Awang bukanlah calang-calang orang. Pernah menjadi Pengerusi Persatuan Ulamak Malaysia, malah pernah juga memegang jawatan tinggi dalam sektor awam, disamping yang terbaru pernah menjadi calon Presiden PAS (tetapi tewas) menentang DS Abdul Hadi Awang dalam Muktamar Tahunan PAS pada Jun 2015 yang lalu.

Tokoh ini telah dilihat memimpin bacaan doa sempena pra-pelancaran Parti Amanah Negara yang ditaja oleh Gerakan Harapan Baru (GHB), iaitu kumpulan bekas pemimpin-pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan parti berkenaan.

Meskipun, Datuk Dr Mujahid Yusuf sebelum ini pernah membuat kenyataan bahawa GHB Gerakan Harapan Baru (GHB) akan mengambil alih parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) dan bercadang melancarkan semula parti berkenaan (baca SINI), namun kumpulan serpihan PAS berkenaan telah cuba mendaftarkan parti baru atas nama 'Parti Progresif Islam'.

Usaha mereka walau bagai mana pun gagal, kerana Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah menolak penggunaan perkataan 'Islam' seperti yang dipohon oleh mereka.

Tanpa kembali kecadangan asal (rebranding keatas KITA), sebaliknya GHB telah mengumumkan secara rasmi pada 31 Ogos lalu, telah memilih sebuah pertubuhan politik dormant, Parti Pekerja yang ditubuhkan oleh Ganga Nayar pada tahun 1978 dan bakal dijenamakan semula sebagai Parti Amanah Negara (PAN) dengan pelancaran rasmi pada 16 September 2015.

Dalam kenyataan Mat Sabu yang bertindak sebagai Pengerusi Jawatan Kuasa Penaja, penjenamaan semula Parti Pekerja akan turut membawa kepada pindaan perlembagaan yang menjadikan Islam sebagai teras perjuangan PAN.

Oleh kerana Parti Pekerja masih wujud dalam rekod pendaftaran ROS, bermakna parti berkenaan masih aktif dari segi dokumentasinya.

Namun, timbul persoalan samada penyandang-penyandang jawatan dalam Parti Pekerja berserta dengan seluruh ahlinya merelakan untuk melaku pindaan perlembagaan, dari bersifat perjuangan sosialis kepada perjuangan Islam?

Andai berlaku penolakan oleh majoriti penyandang jawatan Parti Pekerja terhadap teras perjuangan parti yang berlandaskan Islam, apakah pula tindakan GHB selanjutnya?

Dengan hanya berbaki dua minggu menjelang tarikh perlancaran, GHB kini mempunyai pilihan untuk berkompromi menjadi parti 'Sosialis Islam' seperti pari Ba'ath di Iraq, yang pernah dipimpin dalam zaman kegemilangan Saddam Hussein.

Atau pun, mungkin lebih baik secara terang-terangan bergerak dibawah naungan DAP, melalui penubuhan 'Sayap Islam' dalam parti berkenaan!

Tambahan pula dari segi struktur kepimpinan jawatan kuasa penaja PAN, ia adalah jelas mengambi model struktur kepimpinan DAP. Mereka tidak menggunakan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden, sebaliknya menggunakan Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Naib Pengerusi. Malah seperti juga DAP, PAN juga mewujudkan jawatan Setiausaha Organisasi.

Lihat senarai Jawatan Kuasa Penaja PAN yang mirip model struktur kepimpinan DAP seperti di bawah:-
Penasihat Umum : Ustaz Ahmad Awang 
Pengerusi : Hj Mohammad Sabu 
Timbalan Pengerusi : Hj Salahuddin Ayub 
Naib PengerusiDato' Dr Mujahid Yusof, Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus 
Ketua Wanita : Dr Mariah Mahmud 
Ketua Pemuda : Mohd Sany Hamzan
Setiausaha : Mohd Anuar Tahir 
Timb. Setiausaha : Abang Ahmad Kardee Abang Masagus
Bendahari : Hj Asmuni Awi 
Setiausaha Organisasi : Suhaizan Kaiat  
Ahli Jawatankuasa
Dr Mohd Hatta Ramli 
Dr Dzulkefly Ahmad
Ir Khalid Samad
Ir Izham Jashim
Hj Adly Zahari 
Raj Munni Sabu @ Aiman Athirah Al Jundi
Dato Seri Muhammad Nizar Jamaluddin
Mazlan Aliman 
Aminolhuda Hassan
Mohd Hanipa Maidin 
Dato' Fakhrulrazi Zawawi 
Saari Sungib
Zulkifli Mohd Omar 
Hu Pang Chaw 
Gopalan K Papachan
Dato Wan Abd Rahim Abdullah 
Hasnul Baharuddin

6 comments:

Anonymous said...

Muka2 orang munafik & barua2 melayu cina DAP...terbukti selama ini perjuangan munafik2 ni dlm PAS tidak ikhlas & jujur hanya mengejar jawatan.. Ada beberapa munafik masih dlm PAS dan belum buat keputusan sama ada nak join geng2 munafik atau tidak, mungkin tunggu dan lihat. Aku rasa tak lama lagi munafik2 ni akan bercekaran sesama sendiri nak kejar jawatan..tengoklah nanti.

Anonymous said...

Kalau di ikutkan pada nama mcm nama2 keturunan babi peliharaan Dapigs sahaja...
Babi2 ni kalau buat jamuan tahun baru cina Dapigs la nanti...
Mrk ni akan di hafiahkan puki3 babi betina Dapigs...
Muka laknattullah..

Anonymous said...

Kafir2 pukimak pun pandai baca "doa"?

Depan kamera je buat2 baca "doa"......Lepas baca "doa" kafir2 ni akan pergi sembah tokong guan eng dan maharaja kit sial pukimak yang anti-Islam dan anti-Melayu.

Anonymous said...

Teringat lak doa oleh pas pada 2012 minta Allah hancurkan Umno, tut2 Pas pula yang hancur. Sama 2 tenguk nanti selepas doa oleh Ahmad Awang ni, apa pula akan jadi kat parti mat sabu...takut2 tak sempat pru 14, dah innalillah

Anonymous said...

bini saper la yang vogue lagi ni ... mana la tau ada yang berkenan dihati
sedar tak sedar korang dah jatuhkan talak 3 pada bini masing2...
.... tapi bini Mat Sabu saper nak ambik la

Anonymous said...

Bertolong lah kamu dijalan kebaikan bukan bertolong tolong didalam kehancuran.
Berpeganglah dengan Tali Allah dan janganlah kamu bercerai berai.
Ini tidak melainkan hendak mengjatuhkan sesama Islam.