Monday, December 1, 2014

Akhirnya Lim Guan Eng Mengaku Seronok Dapat Mengenakan Hadi Awang!


Setia Usaha Agung DAP Lim Guan Eng akhirnya mengakui penglibatannya dalam percubaannya untuk menafikan Adun PAS Bangi dari terlantik sebagai Timbalan Speaker DUN Selangor, dengan pengakuannya yang tersiar di portal rasmi parti berkenaan, The Rocket.

Lim dengan angkuh menyatakan akan menentang usaha-usaha PAS untuk menguatkuasakan hukum hudud dan menyifatkan langkah meletakkan calon DAP untuk bersaing untuk jawatan Timbalan Speaker itu disamping calon PAS, adalah isyarat supaya PAS berhenti dalam mendaulahkan syariat Islam di Malaysia.

Berasaskan kenyataan Guan Eng di atas, jelas menunjukkan bahawa DAP tidak akan berhenti setakat itu.

Tidak mustahil selepas ini, 2 anggota Exco PAS dalam rejim sementara TS Khalid Ibrahim akan disabitkan bersubahat dengan bekas MB Selangor itu, dalam isu pembayaran pampasan RM2.6 juta kepada pembantu-pembantu Khalid yang menggunakan dana Menteri Besar Incorparated.

Pada hakikatnya Lim Guan Eng mahu PAS keluar secara sukarela dari Pakatan Rakyat kerana DAP merasakan diri mereka terlalu kuat di Selangor tanpa sokongan PAS.

4 comments:

Anonymous said...

PAS SAHAJA YANG TERHEGEH HEGEH HENDAKKAN DAP BERSAMA SAMA MEREKA. PAS TAK PEDULI PUN JIKA DAP TOLAK PAS ATAS SEBAB DAP TAK BOLEH ISLAM. PAS SAHAJA YANG PERASAN YANG DAP BOLEH TERIMA ISLAM.........PIIIIIIIIIIIRAH!!!

Anonymous said...

Betui ka lge masih setiausaha agong dapigs? Isu dengan ros dah selesai ka?

Anonymous said...

Apa nak tanya LGE setiausaha DAP, pokoknya PAS terhegeh. Sesiapa pun dalam DAP, PAS tetap jadai budak suruhan DAP.

Anonymous said...

Semoga Allah membuka pintu hati ahli/penyokong PAS untuk menyelamatkan kuasa politik orang Islam di Malaysia. Hanya dengan 20% orang2 Cina, DAP akan berkuasa melalui boneka. Melayu akan merempat di tanah air sendiri sepertimana Melayu Pulau Pinang.