Dato' Harun Idris pernah dihukum penjara.
Malah Dr Khir Toyo juga telah dijatuhi hukuman penjara, cuma sedang melakukan proses rayuan untuk mengenepikan hukuman tersebut.
Apakah TS Khalid Ibrahim juga akan menerima nasib yang sama seperti bekas-bekas MB tersebut?
Menurut laporan portal The Malaysian Insider, panel penyiasat skandal pampasan RM2.6 juta oleh MBI kepada 8 pembantu bekas Menteri Besar Khalid Ibrahim, melalui laporan setebal 11 muka surat menyimpulkan bahawa pembayaran pampasan tersebut dilakukan tidak mengikut terma dan syarat perkhidmatan surat tawaran pelantikan.
Khalid turut dilaporkan tidak mendapat kelulusan Lembaga Pengarah MBI sebelum meluluskan pembayaran kepada 8 yang terlibat, termasuk orang kuatnya Faekah Husin.
Antara lain, portal berkenaan melaporkan;
"Ahli lembaga pengarah MBI tidak termasuk pengerusi MBI (Khalid) pada bila-bila masa selepas 25 Ogos 2014, tidak pernah memberi persetujuan secara muktamad bagi pelaksanaan yang sudah dibuat kepada 8 kakitangan yang terlibat seperti diputuskan oleh pengerusi MBI pada 22 September 2014," kata laporan itu.
Daripada laporan itu, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MBI, Faekah Husin menerima bayaran tertinggi RM581,400 sebagai pampasan dan RM114,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan.
Bagaimanapun, laporan tersebut mendedahkan pembayaran kepada bekas setiausaha politik Khalid itu tidak mengikut perkiraan yang telus kerana tempoh Faekah berkhidmat dengan MBI hanya selama 12 bulan dan bukannya 51 bulan."Semakan mendapati CEO MBI Faekah Husin mula berkhidmat pada 1 September 2013.
"Sebelum itu beliau adalah setiausaha politik kepada Datuk Menteri Besar Selangor mulai Julai 2010 dan gaji beliau dibayar kerajaan negeri Selangor di bawah VOTB01 – Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri berjumlah RM5,190 (gaji pokok). Justeru, jumlah bulan berkhidmat dengan MBI adalah selama 12 bulan 23 hari dan bukannya 51 bulan," kata laporan itu.Jumlah pampasan yang sepatutnya diterima Faekah sepanjang berkhidmat dengan MBI sepatutnya RM136,800 jika 30% daripada gaji pokok RM38,000 didarabkan dengan 12 bulan.
Seorang lagi pembantu Khalid, Mustapha Mohd Talib juga menerima jumlah pampasan yang tidak mengikut perkiraan tepat kerana jumlah bulan beliau berkhidmat dengan MBI adalah 53 bulan 23 hari dan bukannya 78 bulan.Jika MB Besar Selangor Azmin Ali benar-benar serius dalam mempertahankan integriti pentadbiran negeri Selangor, maka tindakan sewajarnya mesti diambil untuk membawa Khalid ke muka pengadilan.
3 comments:
malaysia boleh
semua boleh
asalkan tukar baju
ada lambang timbang
semuanya selamat
Anon 9.06 meroyan ka apa ko ni..bangang tak habis2. Pakatan haram buat hal ko nak salahkan bn. Otak kat kepala lutut agaknya..
Lutut diapun tak sanggup nak tampung otaknya yg berkarat...
Post a Comment