Tuesday, February 4, 2014

Wajah Pelakon Baru 'Black-Ops' Anwar Ibrahim


Dalam penafian terhadap surat keluar parti Adun PKR Hutan Melintang S. Kesavan, Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil menyifatkan bahawa surat yang dihantar kepada Speker DUN Perak itu (imej bawah) adalah 'operasi hitam' pihak-pihak tertentu, lapor Keadilan Daily.


Pastinya ia adalah perbuatan dari dalaman PKR sendiri yang gemar adanya kejutan dalam politik, khususnya dalam persedian Anwar Ibrahim bertanding dalam PRK Kajang.

Mungkin setelah menimbangkan kriteria yang dimiliki oleh Kesavan, maka beliau telah dimangsakan sebagai pelakon untuk permainan 'Black-Ops Anwar Ibrahim'.

Ini adalah penghinaan PKR terhadap Kesavan.

Penafian dari Kesavan turut dilaporkan media-media arus perdana.

No comments: