Friday, February 7, 2014

Ahli PKR Dari Seri Kembangan Mengaku Hantar Surat Keluar Parti Adun Hutan Melintang Ke Pejabat Speaker


Seperti yang diduga bahawa penghantaran surat keluar parti dari PKR Adun Hutan Melintang, S. Kesavan dilakukan oleh pihak dalaman PKR.

Lelaki berusia 61 tahun yang mendakwa aktivis PKR dari Seri Kembangan tampil memberi keterangan kepada polis yang beliau telah diarahkan untuk menghantar surat berkaitan kepada Speaker DUN Perak ketika menghadiri malis politik di Kajang, lapor Astro Awani.

Jelas bahawa ia adalah sebahagian 'black-ops' PKR yang bertujuan sekadar mencetuskan 'kejutan'.

No comments: