Friday, November 22, 2013

Pemuda PAS Mulakan Langkah Awal Bawa Lim Guan Eng Masuk Islam


Hebat sungguh keazaman yang tertanam dalam Pemuda PAS seperti yang dilaporkan oleh Astro Awani.

AJK Pemuda PAS Pusat yang baru terpilih, Afnan Hamimi Taib Azamudden menegaskan di Muktamar Pemuda PAS, "Impian saya satu hari nanti Lim Guan Eng akan mengucap dua kalimah syahadah.".

Barangkali, AJK Pemuda PAS Pusat itu memikirkan bahawa itulah sahaja kaedah terbaik yang membolehkan harapan dan rintihan PAS Pulau Pinang yang mahukan peranan besar mereka dalam kerajaan negeri Pulau Pinang.

Meskipun telah melewati 5 tahun gelaran 'Umar Abdul Aziz' terhadap Lim Guan Eng, rupa-rupanya gelaran tersebut tidak memberikan impak besar kepada PAS Pulau Pinang.

1 comment:

Anonymous said...

UMNO tak pernah riak seperti mereka. OYL dan banyak lagi masuk Islam, tak pula UMNO canang keseluruh dunia.