Wednesday, May 8, 2013

Sesungguhnya Allah Nak Uji PAS Mengurus Kemenangan PRU13 Di Selangor


Tahniah kepada PAS yang berjaya memintas kedudukan bilangan kerusi DUN PKR di Selangor. PAS bersama DAP masing-masing punya 15 kerusi dan PKR 14 kerusi.

Dengan kedudukan itu, ini adalah peluang terbaik untuk PAS menegakkan kerajaan negeri dengan ciri-ciri  “Baldatun Toyibatun Warobun Ghofur” disamping memertabatkan syariat Allah dalam sistem pentadbiran negeri Selangor.

Sesungguhnya keputusan PRU13 di Selangor ini adalah ujian dari Allah atas kemampuan PAS untuk mengota apa yang dikata.

Jika PAS gagal mendapatkan jawatan MB Selangor, maka lupakan hasrat untuk memerintah negara.

Umpama makanan yang sudah ada didalam mulut, mampukah PAS menelannya?

Khusus kepada rakyat Selangor, marilah kita memerhati kemampuan PAS untuk mengganti UMNO dalam mempertahankan agama, bangsa dan negeri Selangor. Jika mereka mengambil pendirian untuk berkompromi dengan menyerahkan jawatan MB kepada parti lain, maka sesungguhnya mereka lebih takut kepada DAP dan PKR dari Allah s.w.t.

14 comments:

Anonymous said...

BIMBANG RUMAH URUT AKAN BERTAMBAH.
PUSAT JUDI AKIN BANYAK.
UNIT AMAL BOLIH BERTINDAK DGN KERJASAMA JAIS.
NIK AZIZ GAGAL DI KELANTAN, NOW PAS BUKTIKAN MEREKA CAPABLE PERINTAH SELANGOR DGN BAIK.
LESS TALK, MORE WORK.

PAS PAS PAS ...PROVE PROVE PROVE.
KUASA IN YOUR HANDS NOW....BUKTIKAN

Anonymous said...

Kalau PAS dapat jawatan MB,PR terus membuat onar dgn demonstrasi jalanannya aku rasa Selangor akan beransur-ansur menjadi negeri mundur,menjejaki Kelantan.Elok benar kalau begitu,PM Najib harus menjadikan Pahang ,Melaka dan NS sebagai pusat pertumbuhan baru.Biarkan rakyat Selangor terjun dgn labu-labunya terutama org C.

Anonymous said...

Aku setuju biar mb org pas sebab dlm pkr ramai pemimpin moral teruk.samapai bila pas nak jadi kuds tunggangan dap n pkr.hidup bn.cuba lai.

Anonymous said...

PAS selama ini menudoh BN/UMNO kafir krn xnak laksanakan pemerintahan berlandaskan ISLAM ...hah la neh...buktikan di 3 negri dulu ...

Kalo takat pandai menyalak tapi xbuat apa2 pon ...lebih baik PAS jadi ANJENG....

Anonymous said...

jangan terkejut sekiranya dap kafir harbi kononnnya nak pas memimpin selangor. nanti pas akan canang satu universe yang dap pun sokong pas, jadi dap tak menentang Islam. lembu2 dan macai2 melayu akan percaya.

tapi pas akan kata sebagai sahabat setiakawan, kami rela serahkan kepada pkr kerana sebelum ini pun pkr mb.

tapi kita tahu yang sebenarnya: 1) dap main wayang, depa nak tunggang pas.
2) pas memang tak tahu memerintah, hanya pandai retorik.
3) anwar memang nak pkr jadi mb.

Anonymous said...

setuju 100% dengan anon kat atas

Anonymous said...

Kepada Menteri Besar Selangor dari PAS, rakyat menantikan penghapusan arak dan judi di Selangor kerana selama ini PAS menuduh UMNO mengeluarkan lesen arak dan judi walaupun pengeluaran lesen arak dan judi adalah untuk bukan Islam sahaja, orang Islam tak boleh beli arak dan judi.

Sekarang nak lihatlah bagaimanakah PAS nak menguruskan Selangor untuk menghapuskan arak dan judi terutama di Shah Alam.

Begitu juga dengan percambahan pusat maksiat di Selangor sepanjang tempoh 2008-2013, apakah tindakan PAS dalam tempoh penggal PRU 13 ini untuk menguruskan perkara ini.

Malahan bagaimanakah PAS nak uruskan segala menifesto PRU 13 yang dicanang ke hulu ke hilir oleh Pakatan Rakyat selama kempen PRU 13 sebelum ini.

Malahan apakah pendidikan percuma di KUIS dan di UNISEL dapat dilaksanakan kerana selama ini mereka canang ke hulu ke hilir pasal pendidikan percuma, nah, sekarang ini KUIS dan UNISEL adalah milik kerajaan negeri Selangor, boleh dapat pendidikan percuma ke?

Sama-samalah kita nantikan drama dan adegan berantakan yang terbaru mainan Pakatan Rakyat di Selangor kelak.

Tapi walaupun PAS jadi Menteri Besar di Selangor, tapi pentadbiran masih dikuasai oleh DAP, Menteri Besar di PAS sekadar boneka untuk DAP bertindak sesuka hati sahajalah.

Red Bean Communist, you are bastard!!!!!!!!!!!!!!!!!

1Malaysia Menentang Kemungkaran Pakatan Rakyat (1MMKPR)

Anonymous said...

Ya. Kita nak tengok macam mana PAS nak tadbir negeri Selangor. Kat Kelantan boleh lah dia cakap macam2. Nah sekarang ni Allah nak uji PAS di Selangor. Lepas ni nanti kita tengok macam mane. Kalau tak boleh buat macam mane yang dia pernah laung2kan, lain kali jangan tuduh UMNO macam2. Jom kita lihat dalam 30 hari PAS memerintah Selangor. Atau dia cuma jadi boneka DAP juga.

Anonymous said...

Takkan PAS sanggup ber'MB'kan parti jual pil kuda lagi kot. Kalau begitu, memang PAS cukup bodoh la....

Anonymous said...

MB SELANGOR: Khalid akan kekal sebagai MB Selangor: SPENDERSTOPA

SHAH ALAM – Pas Pusat tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar Selangor walaupun Pas Selangor mempunyai kelebihan satu kerusi berbanding PKR di Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke13 (PRU13) baru-baru ini.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, demi semangat setia kawan dalam Pakatan Rakyat (PR) bersama PKR dan DAP, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

“Kita (Pas) tidak pernah tuntut, tidak pernah bercadang, tidak berhasrat pun ke arah itu. Kita sudah putuskan untuk kekalkan yang sedia ada (Abdul Khalid). Tunggulah dalam masa seminggu ini akan diumumkan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Semalam, Sinar Harian menyiarkan laporan siapakah bakal memegang jawatan Menteri Besar Selangor memandangkan ketiga-tiga parti mempunyai jumlah kerusi hampir sama, iaitu Pas dan DAP sebanyak 15 kerusi manakala PKR 14 kerusi.

Pengerusi PR Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, bakal Menteri Besar Selangor akan diumumkan minggu depan selepas pucuk pimpinan tertinggi PR memutuskannya, individu itu akan mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pemilihan kini tertumpu kepada calon Pas dan calon Melayu-Islam PKR kerana calon DAP tidak tersenarai memandangkan syarat status quo calon menteri besar mesti terdiri daripada calon Melayu-Islam dan mendapat perkenan Sultan.

Walaupun keputusannya akan diumum minggu depan tetapi beberapa nama mula disebut-sebut menggantikan Abdul Khalid, antaranya Abd Rani Osman, Iskandar Abd Samad, Dr Ahmad Yunus Hairi, Sallehen Mukhyi dan Mohd Shafie Ngah.

Anonymous said...

PAS, dalam masa 5 tahun ni kalau rumah saya tiada bekalan air, saya akan terus membuat report ke balai polis dan SPRM dan seterusnya mendakwa/menyaman Menteri Besar Selangor.

Anonymous said...

nasiblah rakyat selangor..tangan anda yg bg undi terimalah azab 5 tahun akan datang.. anda yg pilih pemimpin yg takde moral anda sebenarnya sudah bersubahat..mslh air, mslh sampah & mcm2 lg tu tanggunglah sendiri. jngn nak salahkn bn lg...p la cari dap, pas dan pkr selesaikan mslh anda..lps ni kaum cina pun tak tahu lg nak p mana.dulu setiap mslh bg mca, gerakan selesaikan sdngkn berwakil rakyatkan dap..la ni mca gerakan nak tutup kedai..lps ni kaum cina meroyan kat dap la..baru tahu langit tinggi rendah..paksa mereka buat kerja la bukan nak rebut kerusi & rebut kuasa je..hehehe

Anonymous said...

Salam Bro,aku mencadangkan agar semua wakil UMNO tunggu dan lihat saja.Jangan sekali-kali ada niat nak bergabung kerana PAS pernah menghina UMNO tentang bergabung.Kita nak tengok PAS menjalankan amanah seperti yang dijanjikan kepada penduduk Selangor terutama ahli-ahli PAS.

Anonymous said...

bohongla pas kalau memerintah mskin.bn perintah tganu pung misking jugok.