Saya telah beberapa kali mengikuti proses Pilihan Raya Umum dan Pilihan Raya Kecil.
Bagi proses PRU13, saya mengikutinya bermula dengan penamaan calon. Seperkara yang saya dapat lihat dihari penamaan calon. Suruhanjaya Pilihan Raya telah berjaya mengelakkan ketegangan dengan jayanya. SPR dihari berkenaan telah memisahkan para penyokong parti-parti yang bertanding dari saling melewati kawasan masing-masing. Hal ini, awal-awal lagi telah saya tulis di SINI.
Dari satu segi ia telah menghilangkan kemeriahan jerit dan sorak dihari penamaan calon, tetapi inilah kejayaan peraturan SPR untuk mengelakkan ketegangan.
Bila mula siri ceramah dan kempen, saya lihat para penguatkuasa SPR berkeliaran di tempat-tempat ceramah. Malahan, saya telah melihat sendiri satu ceramah BN telah dihentikan oleh penguatkuasa SPR kerana dikatakan tidak mempunyai permit.
Ekoran dari kejadian itu, saya telah menasihati anak remaja saya yang hanya akan mencecah usia 18 tahun pada bulan Ogos supaya tidak mengikuti kumpulan pemasang poster, kerana khuatir dengan penguatkuasaan dari pihak SPR.
Pada hari pembuangan undi, jarang sekali untuk melihat petugas-petugas parti pembangkang, khususnya DAP yang agak ramai melainkan pada PRU13 yang lepas. Dari beberapa video yang dimuat turun di alam siber, lagak mereka agak keterlaluan. Selain merayu undi, mereka dengan sesuka hati menahan dan memeriksa para pengundi, khususnya yang berkulit gelap kerana mereka telah diterapkan kononnya ada pengundi hantu.
Di saluran (bilik) mengundi juga telah dilakukan perubahan layout oleh pihak SPR. Agen Tempat Mengundi parti-parti yang bertanding dapat melihat dengan jelas wajah pengundi-pengundi, apabila untuk PRU13 mereka ditempatkan mengadap pintu masuk.
Para pengundi juga dalam keadaan selesa kerana ruang petak mengundi adalah terlindung dan mengadap agen parti. Sebelum ini, para mengundi membelakangi agen dan pada masa yang sama agen dapat mengetahui parti mana yang diundi oleh pengundi berkenaan. Betapa tidaknya, dengan memerhatikan kedudukan bawah atau atas kertas undi dipangkah, sudah memadai untuk agen-agen mengetahui parti mana yang dipilih.
Suatu hakikat yang perlu diakui, khususnya PAS dan DAP pada PRU yang sebelum-sebelum ini, agak sukar bagi mereka menyediakan petugas yang mencukupi semasa hari pembuanan undi. Namun pada PRU13, mereka (termasuk PKR) mempunyai petugas-petugas yang mencukupi.
Hakikatnya, pada hari pembuangan undi PRU13 mereka sendiri telah menyaksikan proses PRU yang benar-benar telus dan adil. Jika tidak, masakan di kawasan-kawasan yang ditandingi oleh DAP memperolehi majoriti besar. Andai ada penyelewengan pasti amat sukar mereka menang, apatah pula mempertahankan Selangor dan Pulau Pinang serta Kelantan.
Pada hemat saya, ada 2 faktor yang beriringan yang menjadikan puak Anwar Ibrahim begitu beria-ia menyalahkan SPR.
Pertama, adalah kerana malu kepada DAP yang menang besar di kawasan-kawasan yang ditandingi. Demi menutup malu dengan kekalahan PKR, maka disalahkan SPR dengan dakwaan penyelewengan dan berat sebelah badan bebas berkenaan.
Sesungguhnya malu Anwar adalah teramat sangat, bila PKR tidak deliver dalam menawan Putra Jaya. Bak malu Wan Azizah dipeluk jantan dikhalayak ramai, maka orang-orang yang berasak-asak dipersekitaran yang dipersalahkan.
Kedua, adalah kerana rasa kecewa dan kepenatan para petugas dan penyokong-penyokong DAP dalam menumbangkan kerajaan BN yang ditunjangi UMNO semasa hari pembuangan undi, maka mudahlah mereka terdorong dengan hasutan Anwar Ibrahim.
Bagaimana pula dengan PAS?
Bagi ahli-ahli PAS yang percaya qada' dan qadar tentunya mereka berlapang dada dengan keputusan tersebut. Sebaliknya, yang terikut-ikut untuk menyokong pendustaan Anwar adalah mereka yang terdiri dari golongan parasit yang menumpang dalam PAS.
Tahniah kepada SPR kerana telah mengurus dan mengendalikan pilihanraya dengan adil dan telus, walau pun negeri kelahiran saya, Selangor masih gagal ditawan oleh BN. Walhal hakikatnya MB Selangor Khalid Ibrahim yang telah pun mengangkat sumpah, orang yang pertama dan sering mempertikaikan daftar pemilih SPR.
3 comments:
berbicaralah perkara2 yang kita ketahui dan fahami....
menguar2kan perkara yang tak pasti dan mendatangkan fitnah, berdiam diri itu lebih baik
anon please...
cuba kau cakap macam tu kat nik aziz pasal dosa pahala neraka syurga.
Aku cuma nak ingatkan kau supaya bersabar lepas muka kau kena ludah
Post a Comment