Wednesday, March 27, 2013

Lagi Blogger Akan Dihadapkan Ke Mahkamah


Notis saman telah diterima oleh seorang blogger untuk hadir ke Mahkamah Majistret Sepang pad 23 Mei 2013 jam 8 pagi.

Kesnya adalah seperti di bawah.


Perlu diingat bahawa saman AES telah mendapat reaksi pro & kontra, walau pun dikalangan para penggubal undang-undang dari BN sendiri.

Beberapa orang MP BN telah pun menyuarakan pandangan mereka yang menolak kaedah saman berkenaan, apatah lagi penolakan total di pihak pembangkang.

Sementara itu, Peguam Negara pernah membuat kenyataan pada Disember 2012 bahawa semua pendakwaan mahkamah terhadap saman berkenaan dibekukan, rujuk SINI.

Bila saman kepada pesalah-pesalah trafik berkenaan mula diedar kembali, ia menimbulkan kekeliruan samada pihak Peguam Negara telah membatalkan pembekuan tersebut?

Bagi saya, ia bukannya soal menentang perlaksanaan saman dan proseding mahkamah, tetapi sekadar mempertikaikan masa dan ketikanya serahan saman berkenaan kepada pesalah-pesalah trafik.

Apakah serahan saman berkenaan dibuat dengan sengaja oleh pihak tertentu untuk memberikan peluru kepada Pakatan Rakyat menjelang PRU13? Baca manifesto Pakatan Rakyat dibawah yang memasukkan janji pembatalan saman AES.


Kini terpulang kepada para pemimpin-pemimpin BN untuk memikir dan menilai natijah dari tindakan tersebut.

2 comments:

Anonymous said...

Kami ini bukan ahli parti politik mana2 pun tapi tak ada SELERA dengan pembangkang Malaysia..mereka tak ada kelas. Modes Operandi mereka adalah FITNAH DAJAL..bila disingkap perilaku akhlak buruk Anwar Ibrahim tidak pulak mereka mahu mempercayainya. Fitnah belaka, tapi siapa sebenarnya yang main api FITNAH.

Mereka tiada apa yang nak diketengahkan untuk rakyat. SEMUA SEGALAnya telah disiapkan oleh kerajaan Perikatan dan Barisan Nasional sejak berpuluh tahun.

Satu lagi mereka telah memperkenalkan budaya samseng dan kurang ajar pada para belia. Maka lihatlah sekarang, kalau kita baca facebook dan blog2 betapa KURANG AJARnya anak anak muda terutama yang telah dihasut oleh mereka.

Memanglah satu BALA besar jika Pembangkang dapat tampuk kerajaan. Hancur leburlah segala yang telah UMNO lakukan selama ini terutama untuk orang Melayu dan Islam.

Memang UMNO tidak perfect. Libas dan hapuskan sahaja yang busuk dari UMNO tetapi UMNO itu sendiri tetap unggul.

Pihak Kerajaan dan UMNO mesti TABAH. Perjalanan masih jauh dan banyak yang perlu diperbetulkan. Jangan bagi muka dengan pesalah walau siapa dari dalam atau luar negara.

Kami pencinta kedamian dan keamanan. Kami tahu mana yang baik dan buruk. Anwar Ibrahim telah OVER. Zaman dia telah OVER. Baiklah dia pakat2 dengan Nik Aziz dan Hadi Awang duduk mahasabah diri...masing masing rumah dah kata pergi kubur dah kata mari, BerTaubatlah sementara belum terlambat.

Terlalu banyak dosa mereka memecah belahkan orang Melayu dan Islam.

Unknown said...

http://cartakebenaran.blogspot.com/2013/03/kebajikan-rakyat-pr-vs-bn.html