Friday, March 29, 2013

Dr Juanda Jaya Bakal Lakar Sejarah Sebagai Anak Sarawak Jadi MB Di Semenanjung?

Kalau sudah sememangnya takdir Allah s.w.t, maka tiada sesiapa pun jua yang boleh menghalang Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dari dilantik sebagai MB Perlis selepas PRU13.

Andai ini terjadi, maka Mufti Perlis berkenaan bakal melakar sejarah sebagai anak Sarawak yang pertama dilantik menjadi MB di sebuah negeri di Semenanjung.

Dr Juanda Jaya dan bekas Mufti Dr Mohd Asri Zainul Abidin dinamakan oleh bekas MB Perlis DS Sahidan Kasim sebagai layak dilantik untuk jawatan MB Perlis.

Khabar angin menyebut bahawa pihak Istana Perlis mahu Dr Juanda dilantik sebagai MB.

3 comments:

Anonymous said...

Kalau inilah Qadak dan Qadar Illahi inilah yang terbaik buat semua. Tetapi secara peribadi Ustaz Juanda mengatakan tidak berniat dengan jawatan politik TETAPI WaAllahuAlam, kita insan ini Qalbu kita selalu boleh berubah2 sebab makna Qalbu ini sendiri adalah berbolak balik...

Apa2 pun saya sebagai seorang pelajar Ustaz Juanda mendoakan yang terbaik buat beliau dan Perlis dan Malaysia amnya.

Semoga Allah swt terus memberkati kita semua dan Malaysia dengan memberikan kita pemimpin yang baik, berakhlaq mulia dan iklhas dalam segala pekera. Amin!

Anonymous said...

Nak jadi MB???
Kena masuk politik dulu
Lepas tu kena tunggu Q dulu
Bukan boleh senang2 nak jawatan tu.. kekekeke!!

Anonymous said...

Tak semestinya Mufti boleh jadi pentadbir negeri yang baik. Terkadang-kadang apa yang kita fikir boleh buat tapi realiti nya sukar