Thursday, February 28, 2013

Exco Selangor Ronnie Liu Terkejut Bila Dapat Tahu 38 Pengundi Melayu, 11 Pengundi India dan 5 Pengundi Cina Didaftar Dalam Banglo Milik Hartawan Cina Di Kawasan DUNnya


Pihak pembangkang cuba menjadikan isu, apabila mereka mendakwa seramai 46 orang telah didaftarkan sebagai pengundi menggunakan alamat rumah (foto atas) yang terletak di No. 994, Jalan Papan (sekarang dikenali sebagai Lebuh Pendamar), Pandamaran, Klang.

Dulu mereka tidak begitu ambil pusing berkenaan hal tersebut, namun bila DAP melalui Exco Selangor Ronnie Liu memenangi kerusi DUN Pandamaran, barulah mereka sedar berkenaan perkara yang amat pelik bagi mereka.


Apatah lagi Ronnie Liu yang bukan berasal dari Klang, tentunya jahil dalam pembangunan di kawasan diwakilinya.  Hakikatnya, di tahun 1970an terdapat rumah-rumah setinggan  sepanjang lebih 200 meter di seberang longkang besar dihadapan banglo berkenaan.

Pemilik banglo telah bermurah hati memberi izin kepada penduduk-penduduk setinggan berkenaan menggunakan alamat kediamannya di kad pengenalan masing-masing, malah turut digunakan sebagai alamat surat menyurat.



Dengan kejayaan matlamat 'setinggan sifar' di Selangor di bawah kerajaan BN era Dr Khir Toyo, penempatan setinggan di situ telah tidak wujud lagi dan kini kawasan tersebut menjadi zon penampan antara Kawasan Perindustrian Pandamaran dengan kawasan kediaman (foto atas).

Oleh kerana isu 46 orang pengundi dalam satu rumah dibangkitkan oleh pembangkang, SPR telah melakukan siasatan dan mendapati bahawa bukan 46 pengundi menggunakan alamat berkenaan, malah SPR menemui angka sejumlah 54 pengundi menggunakan alamat tersebut dan bermakna lebih dari yang didakwa oleh pihak pembangkang.

Dari semakan SPR dengan JPN, mereka mendapati 43 orang telah menukar alamat mereka mengikut kediaman terkini masing-masing, sementara 11 lagi masih menggunakan berkenaan.

Oleh kerana mereka yang berkenaan tidak memohon untuk menukar pusat mengundi, maka pusat mengundi mereka kekal mengikut tempat asal pendaftaran mereka.

Mungkin pelik bagi mereka yang tidak tahu asal usul dan sejarah tempatan, namun hakikatnya   kalau mengikut buku daftar pemilih SPR, dalam banglo berkenaan terdapat 38 pengundi Melayu, 11 pengundi India dan 5 pengundi Cina!

1 comment:

Anonymous said...

Kita perlu ajar perkara ni kepada Ambiga sebab dia pun TERAMAT jahil bab-bab sejarah ni.

Orang-orang kaya yang ada rumah TAKKAN faham tentang nasib orang-orang yg hidup melarat ni. Tu baru kisah setinggan.

Di kampung saya di Jajahan Machang, rumah-rumah di situ takde nombor lot jadi alamat surat-menyurat kami ialah D/A Wakil Pos Kampung tersebut.

Tentu Ronnie Liu dan seangkatan dengannya terkejut besar jika mereka dapat tahu ada beberapa ratus pengundi mempunyai alamat yg sama sebab kami semua guna alamat wakil pos tu... :-)