Wednesday, February 27, 2013

Disaat Anwar Ibrahim Masih Ngajor Di Sekolah Prebet, Dr Mahathir Dah Mula Rancang Tubuh Universiti Islam


Penubuhan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bukan dari idea Anwar Ibrahim.

Itulah kenyataan yang diberikan oleh Dato' Dr Ismail Ibrahim bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi dan juga lebih dikenali sebagai bekas Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Menurut Ismail, idea penubuhan UIAM bermula dari satu persidangan di Universiti King Abdul Aziz, Mekah pada tahun 1977 yang turut dihadiri oleh Tun Dr Mahathir (Menteri Pelajaran ketika itu) telah mendorong kepada penubuhan sebuah universiti Islam di Malaysia.

Pembentang kertas kerja oleh Prof Syed Naquib Al-Attas di persidangan tersebut telah menarik perhatian Dr Mahathir.

Akhirnya apabila Dr Mahathir menjadi PM, beliau telah mengambil inisiatif dalam menubuhkan universiti berkenaan, melalui filosofi yang dirangka oleh Prof Kamal Hasan. Dr Mahathir turut terlibat dengan membuat beberapa penambahan dalam filosofi yang dicadangkan oleh Kamal Hasan.

Ini bermakna bahawa ketika Anwar masih lagi mengajar di sekolah swasta Yayasan Anda Akademik, Dr Mahathir telah pun memikirkan untuk menubuhkan UIAM.

Namun akhirnya, Anwar telah menodai UIAM dengan menyusun strategi politik peribadinya apabila menjadi Presiden UIAM.

Dengarkan kenyataan penuh Ismail dalam video di bawah.

1 comment:

Anonymous said...

Aku dah kata Tun M TERBAIK!!!

Sayang Tun M