Sunday, January 13, 2013

Kesian Pak Kadiaq..... Belum Masuk 40 Saat Partner Mudanya Dah Cabut!


Sebagai warm-up untuk Himpunan Kebangkitan Rakyat anjuran gabungan parti-parti pembangkang Malaysia yang berlangsung semalam. telah dianjurkan pada malam sebelumnya Countdown HKR di Kg Baru, Kuala Lumpur.

Ramai yang telah diberi peluang berucap, tetapi dihad cuma seminit untuk setiap speaker.

Macam private party zaman 70an (waktu Hishamudin Rais muda-muda), setiap speaker dipasangkan lelaki dan perempuan.

Mahfuz Omar telah dipasangkan dengan Abby Abadi. Mahfuz ni orang berpengalaman. Walau pun cuma diberi seminit, dia memang tak meraban. Betul-betul fully utilised. Malah sempat pula gurau-gurau dan nyanyi. Bila tiba giliran Abby, biasalah...... janda. Kalau boleh nak lebih seminit. Betul-betul Abby ragut, lebih 30 saat dicurinya masa.


Imam Selipar pun turut diberi peluang. Imam Selipar dipasangkan dengan isteri sendiri. Dari segi pengurusan masa, Imam Selipar boleh dikatakan perfect. Cuma perangainya ada sedikit gelojoh, sampai nak merentap-rentap bini atas pentas. Orang tengok tak elok, nanti difitnah orang nak beromen atas pentas.


Berbanding dengan 2 pasangan sebelumnya, aku rasa yang paling bertuah ialah Pak Kadiaq. Dia dapat partner anak dara dan boleh tahan juga orangnya, bernama Lara. Tapi tak boleh juga dikatakan untung, malah rugi pula jadinya. Apa tidaknya, belum pun masuk 40 saat, anak dara tu dah cabut lari. Kesian Pak Kadiaq, terpacak sorang-sorang. Tak puas jeling-jeling dan tenung-tenung. Terpaksa ambil masa 2 minit setengah nak bagi naik...... Naikkan semangat penyokong pembangkang.

1 comment:

Anonymous said...

kesian derr gua tgk bini mamat tu
senyum dlm terpaksa

apa punya laki la mcm ni paksa2 bini

puiii.........