Monday, January 14, 2013

Kepimpinan Tertinggi PAS Kini Tersepit - Majlis Syura Ulamak PAS Memihak Titah Sultan Selangor


Kepimpinan tertinggi PAS kini dalam keadaan tersepit.

Secara teknikalnya, mereka yang lebih berkuasa dari Majlis Syura Ulamak PAS. Namun dengan edaran media selepas mesyuarat majlis berkenaan, jelas menampakkan sokongan terhadap titah Sultan Selangor yang menegur Lim Guan Eng dalam isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible berbahasa Melayu.

Diperturunkan kenyataan Majlis Ulamak PAS yang selari dengan teguran Sultan Selangor.


Kini terpulang kepada kepimpinan tertinggi PAS, samada keputusan itu akan mengikat mereka dalam membuat keputusan yang berikutnya.

Saya pernah tebaca dalam sebuah buku berkenaan sistem politik Islam, yang mana ada pandangan mengatakan bahawa syura hanya berbentuk pandangan dan ketua tidak semestinya terikat dengan keputusan syura.

Ini bermakna, jika pendapat di atas diterima pakai, Hadi selaku ketua jemaah boleh untuk tidak menerima pakai saranan Majlis Syura Ulamak. Namun, untuk menolak pandangan tersebut bukanlah suatu perkara yang kecil natijahnya.

Dilema yang timbul kini ialah Hadi telah turut berada di sisi Anwar Ibrahim, ketika Ketua Pembangkang tersebut membidas Majlis Agama Islam Selangor berhubung titah Sultan Selangor tersebut.


Dibawah adalah kenyataan penuh Majlis Ulamak PAS untuk rujukan.

 

1 comment:

Anonymous said...

Titah Sultan tu betul.
Kenyataan Majlis Syura Ulamak PAS tu betul.

Kembalilah kita kepada yg betul.

Al-Fath:29
[29]Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). ... hingga akhir ayat.