Sunday, January 13, 2013

Counter Attack Yang Paling Signifikan - Najib Jejaki Padang Chetti (Tapak Tsunami Politik 2008)


Ketika parti-parti pembangkang menggerakkan mobilasi penyokong-penyokongnya dari seluruh negara ke Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Stadium Merdeka pada 12/1/13, PM DS Najib mengambil pendekatan yang berbeza.

Kesempatan 2 hari cuti hari minggu, Najib turun sendiri ke lapangan bertemu rakyat, khususnya dari keturunan India sempena Hari Ponggal. Bermula di Rinching, Hulu Langat pada hari Sabtu dan diikuti turun ke kawasan Little India di Klang pada hari berikutnya.


Bila membaca laporan-laporan media yang mengatakan betapa kurangnya masyarakat keturunan India dalam HKR anjuran pembangkang, timbul keinginan saya untuk meninjau sendiri respons masyarakat India terhadap Najib dalam lawatannya ke Little India, Klang.


Dengan menjadikan Padang Chetti sebagai tapak perayaan Hari Pongal Bersama PM, ternyata ia respons masyarakat India begitu memberansangkan.

Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa Padang Chetti merupakan asas gerakan jalanraya Hindraf. Saya masih ingat (dihujung 2007), disuatu sudut berhampiran Padang Chetti PDRM telah dijadikan heli pad untuk helikopter unit udara PDRM.

Untuk tempoh tersebut, adalah menjadi pemandangan biasa bila melihat helikopter PDRM terbang di udara sekitar bandar Klang, yang memantau aktiviti Hindraf.


Berbalik kepada kehadiran Najib di Padang Chetti pagi tadi, ia adalah ibarat counter attack yang paling signifikan terhadap HKR (yang mengharapkan mobilisasi rakyat dari seluruh negara), bila Najib melihat sendiri tapak Tsunami Politik 2008, disamping menggunakan sentuhan peribadi dan interaksi langsung bersama rakyat.

Najib dalam ucapan memohon maaf kepada masyarakat India diatas kesilapan pada 2008. Namun, pada masa yang sama beliau mengingatkan mereka berkenaan 'Janji Buah Pala Anwar' di Pulau Pinang.

HKR telah dijadikan oleh pembangkang sebagai simbolik tuntutan kemerdekaan ke2 di Stadium Merdeka, namun Najib mengambil tindakan berbeza dengan merendahkan diri menghulur salam kemaafan di Padang Chetti.

Mungkin, bagi Najib langkahnya bermula di sini dengan membuat rektifikasi.

1 comment:

bayan said...


Ini baru masuk gear empat Dato Sri Najib, Bang Nuar dah terkencing kencing.Lain bulan masuk gear lima,Bang Nuar terpusing pusing macam wel-wel thaipusam.Kah,kah,kah padan muka Bang Nuar.Akhirnya politik Bang Nuar makan diri sendiri.