Monday, December 10, 2012

Anwar Ibrahim & B.J Habibie - Rupanya Mereka Adalah Pakar Tikam Belakang


Selepas 25 tahun berlalunya era reformasi, baru terserlah persamaan watak sebenar 2 orang timbalan iaitu masing-masing ialah Anwar Ibrahim (bekasTimbalan Perdana Menteri Malaysia)  dan B.J Habibie (Naib Presiden Indonesia).

Persamaan watak yang dimaksudkan ialah kedua-duanya adalah 'pakar tikam belakang'.

Gerakan reformasi yang tercetus di Malaysia dan Indonesia berlaku hampir serentak (dalam tempoh 1997 - 1999) dengan motif utamanya ialah pertukaran regim. Malahan slogan yang digunakan adalah sama, cuma yang membezakan hanyalah penggunaan istilah. Di Malaysia, slogannya ialah membenteras 'korupsi, kronisme dan nepotisme' sementara di Indonesia, mereka menggunakan 'korupsi, kolusi dan nepotisme'.

Bagi Anwar dan Habibie, pergerakan mereka tidak dapat dihidu kerana dari awal penglibatan mereka dalam persada politik, kedua-duanya lebih dilihat sebagai kroni/kolusi kepada boss masing-masing (Dr Mahathir dan General Suharto).

Gerakan Anwar di Malaysia terhidu di Malaysia. Dengan menggunakan sayap Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, bunga-bunga penularan gerakan reformasi dimulakan oleh sayap parti tersebut melalui penggunaan slogan 'Pemuda Pemangkin Gerakan Reformasi'. Bila berlaku krisis politik Mahathir - Anwar, dengan sendirinya taring ini terserlah melalui penggunaan jeritan 'reformasi' oleh kelompok pro Anwar.

Dalam pada itu, pergerakan Habibie di Indonesia tidak sehebat Anwar Di Malaysia. Mungkin Habibie tidak mahu dilihat sebagai objek utama menikam Suharto. Tambahan pula gerakan reformasi di Indonesia telah diisi melalui tokoh-tokoh seperti Gus Dur, Megawati dan penggerak protes rakyat Amien Rais.

Justeru dalam perbezaan keadaan ini, Anwar lebih beruntung kerana ketiadaan tokoh lain yang menggerakkan reformasi di Malaysia. Jika keadaan adalah sebaliknya, maka tidak mustahil nasib Anwar juga akan seperti Habibie.

Hari ini, kedua-dua tokoh tersebut hanya dapat mengimbau kenangan dalam perjalanan politik masing, malah yang lebih penting ialah kegagalan mereka sebagai 'pakar tikam belakang'. Anwar dilihat sebagai ahli politik yang memilih untuk masih berada di gelanggang, sementara Habibie memilih untuk berada di sebalik tabir politik.

Pendedahan rahsia Anwar dan Habibie yang lebih spesifik boleh dibaca di AIDC.

4 comments:

Anonymous said...

freemalaysiakini2 , Delivers The Latest Breaking News And No Subscription Needed...

sibatunisan said...

Habibie tidak pernah menikam Soeharto dari belakang, Soehartopun mendukung Habibie.

Reformasi di Indonesia bukan digerakkan oleh Habibie tapi oleh Amien Rais. Oleh karena itu tidak bisa dipadankan dengan Anwar Ibrahim.

Anonymous said...

B.J Habibie sampai sekarang masih menjadi Idola dan menjadi role model bagi generasi muda Indonesia.. nama beliau tidak pernah hina di Indonesia, setiap orang di Indonesia terlepas perbedaan pandangan politik, akan selalu memuliakan Habibie sebagai bapak Ilmu Pengetahuan Indonesia.. Pandangan penulis Utusan Malaysia,Zainudin Maidin, sama ada menjelaskan ketidakpahaman beliau tentang sejarah Habibie dan Indonesia atau karena kepentingan politik sahaja

Anonymous said...

informasi awak barikan betol2 buat saya nak muntah, entah dari mana awak mendapatkan referensi sebegini, BJ. Habibie adalah contoh bagi kaum muda, btw barulah saya tau sekarang, kalau kerajaan anda semua adalah kerajaan yang penuh dengan informasi yang menyesatkan dan sampah hanya untuk melindungi ketua2 UMNO