Saturday, December 15, 2012

Agenda Pembangkang Dalam Piket Di Depan Ibu Pejabat CIMB Bank Sebentar Tadi

Sebentar tadi telah berlansung piket anjuran Kesatuan Pekerja-Pekerja Bank Kebangsaan (NUBE) di hadapan ibu pejabat CIMB Bank, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

 Piket bermula 10 pagi dan berakhir 1 tengahari.

Mungkin pada NUBE mungkin itulah kaedah terbaik untuk meluahkan ketidakpuasan hati mereka kepada pihak pengurusan CIMB. Cuma adalah keterlaluan bila membabitkan PM DS Najib Razak.

Semua sedia maklum bahawa CEO CIMB Bank ialah Dato' Nazir Razak. adik kepada PM. Namun begitu dalam bab pengurusan CIMB, Nazir adalah Nazir dan tidak perlulah Najib diheret sama.


Bukan itu sahaja, Maybank turut dipalitkan dalam serangan NUBE terhadap CIMB. Cuba perhatikan banner paling kanan dalam foto di bawah yang berbunyi "CIMB Komplot Bersama Maybank Sabotaj Pekerja".

Apa motif serangan yang berbentuk demikian?


Perlu diingat bahawa CIMB dan Maybank merupakan GLC dan apakah mudah untuk kita menolak bahawa ia bukannya serangan terhadap kerajaan.

Pasti akan dinafikan oleh NUBE, bahawa piket tersebut adalah tanpa sebarang agenda politik. Akan tetapi, apabila mengheret sama Najib dan Maybank telah menyerlah agenda tersembunyi tersebut.

Saya cuba mengenal pasti barisan kepimpinan NUBE di laman web kesatuan tersebut.

Namun usaha saya gagal. Sebaliknya, ia lebih menyerlahkan Setiausaha Agungnya, J. Solomon. Lantas timbul persoalan dibenak pemikiran saya, apakah kesatuan sekerja tersebut ditadbir secara one man show?

Kalau anda tidak percaya, cuba klik SINI.

Satu penemuan apabila membelek laman web NUBE, saya tertarik dengan slogan ciptaan NUBE (atau ciptaan Solomon?) yang berbunyi "NUBE DIJUNJUNG - PEMIMPIN DISANJUNG - AHLI DIPAYUNG".

Pemimpin yang mana perlu disanjung?

Selain dari itu jelas bahawa dalam organisasi tersebut, Setiausaha Agung mempunyai kedudukan tertinggi dalam hiraki.

NUBE dan DAP punya persamaan struktur organisasi?

19 comments:

Anonymous said...

Memang NUBE adalah anti melayu.Mereka tak pernah tunjuk perasaan di bank kepunyaan miliki kaum cina dan bank dari luar negeri.Isu timbul antara pekerja/majikan terutama sekali dgn Maybank akan cepat ambil tindakan terutama sekali kpd pengurus melayu.Apa yg dikesalkan staff melayu tak sedar dipergunakan..

Anonymous said...

aku pekerja bank, yang bagang je demo berbau pakatan.

rozita rosdi said...

Hello...siapa kta nube anti melayu?? siapa kata nube xtnjuk perasaan pd bnk asing?? google dlu sbelum brckap okeyyy!!! Kami ahli nube akan lawan sesiapa saja yg melanggar hak kami sbgai pekerja!! mungkin u golongan orang kaya so u xtau apa yg pekerja bwahan mcm kami ni hadapi!! atau mungkin anda suka apabila hak anda dicabuli?? nak sembahyang xbole...ruang sembahyang xdisediakan..tenaga anda dikerah dan diperah tapi gnjaran?? nak sembahyang??? Bole.....tapi...overtime xbole claim! adakah anda suka mcm tu?? Sekrang ni management melayu yg anti melayu!! Please la whai yg xbernama...dont talk bullshit!! xada isu politik disini!! Kami nk hak kami..hak yg sepatutnya kmi dapat!! if u know nothing pls zip ur mouth..

rozita rosdi said...

Pstinya anda bukan pekerja bank..jadi...anda xtahu apa2 tentang perjuangan nube!! nube brjuang utk ahli2..jgn nk brcakap mmbuta tuli..saya melayu ahli2 nube juga berpuluh ribu melayu!! mgkin anda xperlu kesatuan..mgkin anda bole kedepan sorang2 itu kelebihan anda!! tapi...sebatang.lidi dgn seikat lidi..mna yg mdah dipatahkan?? Nube xpenah kalah!! kami hmpir khilangan bonus kami hnya kerana pengurusan yg tamak...bgi yg ada komitmen..bonus adalah amat brmakna..tapi..mungkin bg anda..anda xkisah..jgn pikir tekak sndiri..!! Nube lawan bukan.hnya utk ahli tapi utk pelanggan..pastinya anda juga pelanggan bank kan?? opss..mgkin anda org kaya..xperlu brhutang..mgkin jga anda smpan duit dibwah bntal saja..!!

Anonymous said...

Puan/cik rOZITA rOSDI..or whtsoever...awak bkerja di bank mana?sy juga adalah pkerja cimb....kami sbg pekerja x pnah dihalang utk solat...boleh solat bila2 masa dan berapa lama....tempat solat berlambak2...stiap level ada...malahan bila2 masa bleh wat overtime....yg nk sebarkan fitnah dekat sini...Allah tahu apa yg kamu lakukan....Semoga Allah menimpakan balasan kepada si penyebar2 fitnah

Anonymous said...

Isu nube perjuangkn hak pekerja bank dr dlu lgik...xde isu disini nube ade agenda politik...anda kate anda pkjer cimb bkn...ptt nye anda tau ape yg terjadi...atau anda sndri dr management yg mjge periuk nsi sndri...isu solat mhkin x berlaku di tmpt anda...bgaimana tmpt laen??? Anda pasti xde??penulis...anda hnye menceritakn ape yg berlaku di dpn sogo...anda hnye menceritakan ape yg anda pk tp bkn ape yg kmi rse...klu penulis sendri sedia mklum..kmi msekn cimb dan maybank krne mrke melakukan perkara yg sme pd kami ahli nube..mgkin penulis x pnh dgr yg ketua hr cimb menghina kami??? Kmi berjuang bkn kosong...ape yg stp pkje bank dpt ari ini...lbh2 lgik pkerje bwhn adalah kne usaha nube dr dahulu lgik...knpe nk pertikai kami yg berdemo secare aman...knpe x kritik bersih yg menggangu trafik...kami terdiri dr pelbagai kwsn...dr pelbagai bank...ari nie isu cimb bru anda perasaan...berkenaan najib n nazir..kami bg perumpamaan...andai najib sgup bkorban tok rakyat np nazir sgup tindas pekerje...anda si pekrje cimb...anda perlu tau pe yg berlaku pd majoriti warga cimb...bkn ape yg anda nmpk dpn anda

Anonymous said...

Nk sy tmbh di sini...pd komen yg plg atas...nube dan kami pernah wat demo kt bank lua spt alliance yg ownernye sgporean...citibank...da mcm2 lgik...b.negara sendri kami pnh piket...so xbaek ckp tnpa fakta yg kami anti melayu sdgkn di bank2 tersebut...melayu la plg byk di tindas...

rozita rosdi said...

Pastinya yg mengomen ni bukan ahli nube!! jika anda staff cimb..anda xperlu tnya saya..saya dri mana sebab bole search sndiri..dan bole add saya di cimb net!! sila kita bole jumpa disitu..xperlu sembunyikan nama..!! Anda xtahu apakah perjuangan nube sebenarnya..jika anda org lama pasti.anda tahu!! mungkin ahli keluarga anda xpernah ditindas sebagaimana rakan2 kami! jika anda kata anda xpernah dilarang bersolat..alhamdulillah..tapi.itu ditempat anda sahaja!! tapi ditempat saya..claim utk.injection nak p haji n umrah direject oleh manager kafir!!! smbahyang bgi msa 5 minit!! sembahyang apa tu?? sembah tokong ka?? jgn pikirkan tekak sendiri..mungkin bonus anda 18 bulan..itu psal anda happy!!!

hangerbesi said...

Kak rozita...xperlu kita.bertekak pd.org yg xpnh tau erti perjuangan kita kak...mgkin skg die sng..tp xpela..yg pnting kite berjuang dgn nube slgi kite bole n mampu...in shaa Allah...kite akan berjaya perjuangkn CA deadlock kite

rozita rosdi said...

Ye....betul....setuju..tq hangerbesi!! Kebanyakkan orang suka bercakap tanpa fakta..main redah sesuka hati..ada pulak kata kita buat fitnah..xpe..sekurangnya kita ada nube yg memperjuangkan hak kita..belum kena seronok la...dah terkena esok...sendiri mau ingat...

Anonymous said...


Pn. Rozita, ramai daripada rakyat M'sia benci pada Pakatan Rakyat. Bila dalam risalah mengukit nama PM, terus di campaknya risalah tersebut sebab dah masuk unsur politik.

Semua orang tahun bos CIMB itu adik PM, tak payah lah sebut dan hanya politik pembangkang saja yang gemar mengunakan taktik begini.

Anonymous said...

wahai rakyat malaysia yg bekerja mkn gaji.jgn suka mengata hak sendiri...sepatutnya sama2 berdoa kejayaan dan bagi org yg terinaya itu sentiasa dilindungi.bagi mereka yg tak teruji wajib sujud syukur...tiada tempat bumi di pijak akan sentiasa panas dan kemarau.untuk ...NUBE..doa di panjatlan.....semoga allah rahmati perjuangan hak pekerja.amin.....

Anonymous said...

Salam, TT tolong delete tread ini sbb kesah Nube dan CIMB tiada agenda politik, apa yg Nube minta ada penerangan, ganjaran, kemudahan yg setimpal utk ahli nya.
Sy bekas pekerja CIMB, dah kes begini berlaku semenjak PM masih belum jadi PM lagi sbb nya adalah Dato Nazir mmg menyekat hak pekerja CIMB utk berpersatuan.
Hidup NUBE :)

Anonymous said...

Jika ingin berjaya biar seiring...beremosi itu tidak bagus...jadi...jika kita nak tahu kebenaran guna otak...mata..telinga..mulut...untuk pengesahan...untuk artikal ini hendaklah tahu politik amat berbeza dengan kesatuan...politik selalu bertopeng yang tulus itu kekal yg mulus itu rakyat sangsi....kesatuan pula...mempunyai aduan yg sah di sisi undang2...jika kerajaan malaysia perihatin membenteras rakyat jgn hidup miskin....Jadi ambilah langkah untuk menyelesaikan masalah ini juga..kerana mereka pekerja2 bank juga rakyat malaysia berhak bersuara dan di beri bantuan..saya percaya...kerajaan tidak tuli dan buta...MAKA buatlah sesuatu...agar negara malaysia benar2 seperti PM kata..Janji di tepati bermotorkan rakyat di dahulukan...pencapaian di utamakan.Piket di benarkan undang2. ..kerajaan mempunyai kementerian sumber manusia...PM di malaysia ada 1.Rakyat bekerja untuk sara keluarga...maka bantulah pada yg tertindas.Kerana malaysia sejak 50 tahun telah merdeka.jadi jgn biarksn bantulah untuk selesaikan untuk negara yg gemilang dan cemerlang.

Qblogger said...

Ak excimb mmg ak xnafikan management melayu tulin mkn budu cicah ubi kayu menindas sesama kaum! Kenapa ak keluar dari cimb? sebb melayu tindas melayu puih! Spe racist? Pikirkan la. Bonus dinafikn, claim dipotong, kalau mengandung ak dikecam sehebt mungkin, cuti sakit dinafikan, icentive kerja dipotong sedangkn kita layak, kerja dikerah, sapa bos masa ak kerja dulu? MELAYU, repeat again MELAYU haprak! Teruskan perjuangan anda NUBE

haziq said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Mmg ada penipuan dalam Mgmt CIMB PMS staff x isi pun diaorg boleh isi kan tanpa p/word point yg tinggi pun kena potong mmg x adil buat sales bgai nak mampus Q time nak jaga SQI menyibuk je sbb bonus org atas akan dpt kurang klau x buat macam tu. Sapa yg cakap NUBE ANTI melayu dia org @ staff CIMB BENGAP BUTA TULI BANGANG Kalau staf baru @ pegawai yg cakap ni satu hari kalau kena btg hidung baru tau

Anonymous said...

yang tidak bernama, anda pekerja cimb yang mungkin bertugas di ibupejabat ( yang mengatakan setiap level ditempat anda boleh solat dan berapa lama dikehendaki ) itu ditempat anda umpama anak emas. Anda tidak memikirkan rakan-rakan anda di cawangan..mencari keuntungan untuk memenuhi bonus 18 bulan anda..Bekerja di cawangan banyak bezanya bekerja di bangunan tinggi seperti anda.Jika anda menafikan anda boleh minta transfer bertugas di cawangan time itu pasti anda tidak sebahagia bertugas di level by level.

Anonymous said...

Setahu aku dulu ....nube sokong pak lah tahun 2008...diaorg ni amik kesempatan nak selamatkan seorg tu..aku kerja bank tahulah....abis dah aset nube dia sesah sama je banyak puakbee end