Laporan Sinar Harian ini memetik Mursyidul Am PAS TG Nik Aziz Nik Mat bersetuju dan bagai menanti-nantikan harakiri hayat politik Hadi Awang.
KOTA BHARU - Hasrat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu bertanding di Parlimen Pekan, Pahang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) disambut baik dan direstui Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Nik Abdul Aziz semalam memberi 'lampu hijau’ kepada Ahli Parlimen Marang itu dan menyokong kenyataannya bertanding PRU13 menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Dia (Abdul Hadi) adalah presiden parti, jadi apa (hasrat) yang dicakapkan kita akan turut dan sokong demi kebaikan parti serta perjuangan Islam.
“Saya sangat menyokong sekiranya Abdul Hadi benar- benar mahu bertanding di Pekan pada pilihan raya akan datang untuk menentang mereka yang mengagun-gagungkan perjuangan kebangsaan daripada memilih agama,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya, semalam.
No comments:
Post a Comment