Tuesday, November 6, 2012

Fakta-Fakta Yang Anda Perlu Tahu Berkenaan 2 Masjid Yang Ditimpa Musibah Di Daerah Klang

Masjid Ar-Rahimiah, Jalan Langat, Klang
Apakah kejadian 2 masjid di Daerah Klang pada tahun ini adalah suratan atau kebetulan? Atau ia adalah pembalasan tuhan?

Berikut adalah beberapa fakta yang mungkin boleh dijadikan hint terhadap persoalan di atas:-
  • 2  masjid yang terlibat ialah Masjid Ar-Rahimiah, Jalan Langat dan Masjid Al-Bakri, Bukit Naga adalah dalam kawasan Parlimen Kota Raja yang diwakili MP PAS Dr Siti Mariah Mahmud.
  • Meskipun terletak dalam daerah dan kawasan parlimen yang sama, Masjid Ar-Rahimiah terletak dalam kawasan Majlis Perbandaran Klang, sementara Masjid Al-Bakri dibawah Majlis Bandaraya Shah Alam.
  • Kejadian banjir di Masjid Ar-Rahimiah berlaku pada 30/3/2012 dan banjir di Masjid Al-Bakri pula berlaku pada 2/11/12. Kebetulan kedua-dua kejadian berlaku pada hari Jumaat.
Masjid Ar-Rahimiah (atas) Al-Bakri (bawah)
  • Banjir di Masjid Ar-Rahimiah dikaitkan dengan orang bukan Islam Dr Xavier Jayakumar yang berucap di dewan solat, manakala di Masjid Al-Bakri dikaitkan dengan seorang yang sinonim dengan liwat Anwar Ibrahim.


  • Kawasan Parlimen Kota Raja mempunyai 2 kawasan DUN iaitu Seri Andalas (diwakili oleh Dr Xavier Jayakumar - PKR) dan Seri Muda (diwakili oleh Suhaimi Shafie - PKR). Allah Maha Adil dan 2 masjid berkenaan masing-masing terletak di Seri Andalas dan di Seri Muda.
Tafsirkan sendiri fakta-fakta berkenaan.

No comments: