Tuesday, November 6, 2012
Lim Guan Eng Balas Dendam Gara-Gara Ditibai Adik Speaker DUN Selangor
Gara-gara perbuatan adiknya yang sering menibai KM Pulau Pinang Lim Guan Eng, lantas Speaker DUN Selangor Dato' Teng Chang Khim pula yang menjadi mangsa balas dendam.
Seperti Lim yang dianggap tokong di Pulau Pinang oleh Timbalan KM1 Mansor Osman, Teng juga ibarat tokong di kawasannya. Semenjak 1995 hingga 1999, Teng menjadi ADUN di Klang Bandar.
Ekoran persempadanan kawasan pilihanraya pada 2004, sebahagian besar Klang Bandar menjadi kawasan utama untuk DUN Sungai Pinang (kawasan parlimen Kapar), iaitu berpindah dari kawasan parlimen Klang.
Meskipun DAP kalah teruk dalam PRU 2004, namun Teng tetap mempertahankan kerusi yang didudukinya, malah dilantik sebagai Ketua Pembangkang DUN Selangor untuk penggal tersebut.
Sekali lagi pada PRU 2008, Teng terus kekal disitu dan telah dilantik sebagai Speaker DUN Selangor. Jadi tidak hairanlah maka beliau bagai tokong di kawasannya.
Namun begitu, Teng kini bagai tersisih. Mungkin ada kaitan dengan adiknya yang saban hari menibai Lim di Pulau Pinang.
Siapakah adik Teng di Pulau Pinang? Adiknya ialah Teng Chang Yeow yang merupakan Pengerusi BN Pulau Pinang.
Dalam keluhan terbaru Speaker DUN Selangor itu yang dilaporkan oleh portal Malaysiakini, Teng mendakwa telah disisihkan dari menghadiri Konvensyen DAP Selangor.
Apakah gelagat adiknya itu terhadap Lim yang juga Setiausaha Agong DAP menjadi penyebab kepada penyisihan Teng?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment