Friday, June 29, 2012

PKR Umpan Wanita Untuk Berlaku Curang?


Bekas Pengarah Perancang Bandar MBPJ Noraini Roslan telah dipanggil memberi keterangan dalam sesi pendengaran awam berhubung perbezaan laporan RTPJ2 versi MBPJ dan versi Jabatan Perancang Bandar & Desa Selangor, yang membawa kepada kelulusan projek pembangunan di Padang Kompleks Sukan PKNS Kelana Jaya.

Pengerusi Selcat Dato' Teng Chang Khim dan Hanna Yeoh (kedua-duanya ADUN DAP) mengajukan soalan bertubi-tubi dan Noraini gagal memberikan sebarang jawapan.

Apakah jawatan semasa Noraini?

Noraini sekarang adalah YDP Majlis Daerah Kuala Selangor dan perlantikannya berkuatkuasa 1 Julai 2011.

MB Selangor dalam mengalu-alukan perlantikan Noraini begitu memuji dan optimis akan keupayaan bekas Pengarah Perancang Bandar MBPJ yang dikaitkan dengan kelulusan projek di atas padang berkenaan. (Baca petikan dari NST dibawah).


Begitu juga MP PKR Ampang Mak Lampir dalam kenyataan yang dipetik dari blognya menyifatkan Noraini sebagai agen wanita dalam memperkasa budaya urus tadbir CAT Kerajaan PR Selangor.

Berbalik kepada kronologi kontroversi RTPJ2, seolah-olah kenaikan pangkat Noraini ke jawatan YDP adalah umpama balasan dan habuan terhadap inisiatif beliau menghasilkan RTPJ2 versi MBPJ yang berpihak kepada keizinan terhadap plot tanah padang PKNS di Kelana Jaya (?)

Sebelum ini, ADUN Sementa Dato' Abdul Rahman Palil pernah melahirkan kekecewaan dan rasa marah beliau terhadap seorang YDP PBT di Selangor yang pernah menjawat Pengarah Perancang Bandar Majlis Perbandaran Klang yang bertindak bagai jembalang tanah. [Baca laporan SINI].

Mungkinkah Rahman merujuk kepada Noraini, kerana sebelum bertugas di MBPJ, beliau pernah bertugas di MPK untuk lebih 20 tahun.

Gaya Noraini menjawap di sidang Selcat, ternyata beliau dalam keadaan tertekan dan gugup.

Awas PKR Selangor! Wakil-wakil DAP dalam Selcat (Teng Chang Khim dan Hanna Yeoh) sedang mencari jawapan terhadap arahan siapa yang dituruti oleh Jabatan Perancang Bandar MBPJ dalam membuat penipuan laporan RTPJ2.

No comments: