Thursday, June 28, 2012

Malu! Zip Seluar Khalid Ibrahim & Azmin Terbuka Di Tempat Terbuka


Dalam pendengaran awam Selcat yang berlangsung semalam yang bersumberkan petikan dari Sinar Harian (di bawah) MB Selangor telah disebut sebagai pemberi arahan terhadap pindaan Rancangan Tempatan Petaling Jaya (RTPJ) oleh Penolong Pengarah Kanan Perancang Bandar MBPJ Fairos Abdul Hamid.


Sementara itu, Media Selangorku pula dalam laporannya (di bawah) memetik kenyataan ahli majlis MBPJ Derek John Fernandez bahawa wujud satu rancangan penipuan dan penyelewengan yang pasti memberi keuntukan kepada pihak-pihak tertentu.


Siapa pihak yang mempunyai kepentingan keatas projek berkenaan? Khalid Ibrahim, Azmin Ali atau Anwar Ibrahim? Atu ketiga-tiga mereka?

Andai benar laporan yang mengatakan Sidang Selcat kali ini hanya untuk menyiasat bagaimana dua laporan yang bercanggah yang masing-masing dikeluarkan oleh MBPJ dan Jabatan Perancang Bandar dan Desa, bermakna Pengerusi Selcat Teng Chang Khim pasti tidak akan mendedahkan pihak yang mempunyai keuntungan keatas projek pembangunan di Padang PKNS Kelana Jaya tersebut.

Isu projek sebenarnya adalah mudah, iaitu hanya harus diteruskan atau tidak. Namun baik Khalid, Azmin mahupun Anwar sebagai Penasihat Ekonomi masih teragak-agak untuk membuat keputusan. Sikap mereka inilah yang menguatkan andaian mereka mempunyai keuntungan atas projek berkenaan.

Sekali lagi, Selcat hanya akan menjadi pentas sandiwara yang kononnya Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor adalah yang paling telus di dunia!

2 comments:

Anonymous said...

pendengaran awam selcat adalah wayang cina!

Anonymous said...

takkan lah org bawah buat suka2 tukar sana sini....siapa bagi arahan ??penolong pengarah kanan tu senior executive jer...mesti ada ketua lagi atas..