Thursday, February 9, 2012

Jurufoto Peribadi Anwar Ibrahim Juga Dibunuh Seperti Patrick Wong?

Bila membaca dakwaan RPK bahawa kematian ahli perniagaan Patrick Wong sebagai bukan sebagai kemalangan ketika percubaan menghalang rompakan, sebaliknya mati dibunuh, lantas fikiran teringatkan ketua jurugambar peribadi Anwar Ibrahim, Muhammad Salman Nasaruddin yang mati kemalangan di depan rumahnya di Seksyen 16, Petaling Jaya hanya beberapa hari menjelang tarikh PRU 2008.

Kematian Salman ialah pada 4 Mac 2008 dan PRU 2008 berlaku pada 8 Mac 2008. Seperkara yang harus diberi perhatian, kematiannya hanya beberapa bulan selepas kematian ayahnya Dato' Nasaruddin Jalil (bekas setia usaha peribadi Anwar Ibrahim).

Arwah Salman bukanlah sembarangan orang. Beliau adalah anak lelaki tunggal (disamping adik beradik perempuan lain) dan pewaris utama kepada bekas setia usaha peribadi Anwar Ibrahim tersebut.

Nasaruddin dikaitkan sebagai orang Anwar yang menduduki kerusi pengarah beberapa syarikat berhad dan antaranya ialah MBf. Malah, dalam perakuan berkanun bekas Penolong Gabenor BNM, Nasaruddin disebut sebagai menerima agihan RM10 juta.

Berbalik kepada Salman, selepas tengah malam arwah dikatakan baru selesai menjalankan tugasan di rumahnya berkaitan foto-foto yang diambilnya dalam siri kempen PKR sempena PRU2008. Menurut sumber, beliau kemudian telah keluar dari rumah dengan andaian keluar menghisap rokok. Adalah difahamkan, didalam keluarganya hanya arwah yang merupakan perokok. Jadi, setiap kali untuk melepaskan ketagihan, arwah akan menghisap sebatang dua rokok di luar rumah.

Kematian Salman telah disifatkan sebagai langgar lari. Namun persoalan yang belum terjawab hingga hari ini, takkan beliau menghisapkan rokok di tengah jalan?

Jika benar teori kematian Patrick Wong yang dikemukakan oleh RPK, adalah sukar untuk menolak kematian Salman dikaitkan dengan menggunakan kaedah yang sama.

7 comments:

Anonymous said...

x yah gaduh2 sama melayu kita. kita semua akan mati dunia ni sementara saja.. yang penting solat 5 waktu,ikut suruhan Allah, xpayah mengumpat,memburukan org, baik jaga famili sndri.. xpyah tolong pikir mslah org ..... PAS dan UMNO selamanya...

Anonymous said...

anonymous 4:40
cara pemikiran org macam ko nie teruk la.. hanya pentingkan diri sendiri.. kan dalam agama fardu kifayah pun kena amik tau gak.. maknanya melibatkan jiran, sesama umat... bukan nak gaduh sesama melayu tetapi hendak pertahankan yang benar.. patutla kena tindas jer, ramai pemikiran macam ko...

Anonymous said...

perghhhh.....satu lg pekung anwar bakal di pecahkan...

aku percaya anwar bukan saja berkemampuan utk meliwat, berzina, merasuah, mengsonglap duit bank negara 30billion mcm dlm SD dato murat, tapi anwar juga berkemampuan utk membunuh....

sikit masa lagi pasti akan terburai pekung baru anwar nihh....

Jeepers Creepers said...

pembangkang ni main korban nyawa manusia sebab nak menang pru ke? perghh dah macam main bomoh pulak hahaha.

Anonymous said...

takut la kami rakyat malaysia..apa dah nak jadi? kerajaan tlonglah ambil tindakan selamatkan rakyat malaysia...

Anonymous said...

Bahaya ni. Silap2 lepas ni giliran papagomo. Be extremely careful. Org gile nak jadi PM ni sanggup buat apa saja

Saja Nak Tau said...

Tregedi Helikopter terbakar Tan Sri Yahya satu misteri yang masih belum dirungkai sepenuhnya.

Ada siapa nak beri pendapat.