Nak marah pun tak boleh, sebab dah memang tugas dan tanggungjawab polis untuk mengambil tindakan terhadap pesalah-pesalah trafik.
Cuma, bayangkan kalau dah datang dari jauh ke pusat peranginan tetapi kena saman oleh polis trafik.
Puncanya, ramainya pengunjung ke pusat peranginan dan ruang parkir tidak cukup untuk menampung kenderaan-kenderaan pengunjung. Lantas, kenderaan melimpah hingga ke bahu jalan.
Foto-foto di bawah dirakam semasa cuti umum yang panjang sempena pertembungan cuti Maludir Rasul dan Thaipusam di sebuah resort di Port Dickson.
Takkan tak boleh guna budi bicara kot?
1 comment:
Setuju sangat.
Sama juga bila ade expo di Pusat Kraf Jalan Conlay ... kami gi satu kereta ... parking tak banyak ... jadi terpaksa parking di line kuning ... tak lah menyekat lalu lintas ... banyak kereta lain dah parking.
Bila balik ... ade 'surat saman DBKL' ... tapi kereta mewah (Mercedes/BMW) tak lah kena saman ... pilih kasih betul DBKL ni.
Sekarang ... kami tak akan pergi Jalan Conlay lagi ... terima kasih DBKL.
Post a Comment