Friday, January 13, 2012

PAS Kawasan Shah Alam Bagi Indikasi Untuk Bentuk Kerajaan Perpaduan?

PAS Kawasan Shah Alam turut bersama para penduduk Pangsapuri Rimba Jaya, Seksyen 16 Shah Alam untuk meraikan kehadiran PM DS Najib Razak. Sekumpulan anggota PAS Kawasan Shah Alam dilihat berdiri dibelakang banner ucapan selamat datang bersama BN.

Bagi Najib, kehadirannya di Rimba Jaya tidak lain adalah untuk membawa pemulihan imej BN di kawasan perumahan tersebut yang dulunya merupakan kawasan perkampungan setinggan.

Rimba Jaya menjadi kontroversi ekoran pertikaian terhadap perobohan kuil dan surau, sebagai memberi laluan kepada pembangunan semula kawasan tersebut, yang tanahnya adalah milik persendirian. Satu perintah mahkamah telah diperolehi oleh pemaju/pemilik tanah untuk meroboh 2 rumah ibadat berkenaan..

Bagi pemimpin-pemimpin PAS nasional, berikut adalah foto-foto untuk mereka kenal pasti ahli-ahli mereka yang hadir ke majlis berkenaan. Untuk makluman Haji Hadi, mereka selamat di majlis berkenaan, tanpa sebarang pengusiran dan provokasi. Malah mereka turut diraikan.

Apakah indikasi yang PAS akan berkerjasama bersama UMNO/BN?


Kebanyakan yang berdiri dibelakang banner PM adalah 
kumpulan yang memakai vest PAS Kawasan Shah Alam 

Antara pemimpin akar umbi PAS Kawasan Shah Alam
sertai Najib ke majlis jamuan selepas ucapan
 


5 comments:

melayuangkat said...

Kalau betul, Alhamdulillah....

Anonymous said...

baju 901 pun ada tuh..org makin bosan dgn anwar..nuar ko blh kencing org sekali, tapi ko takleh kencing org hari2..

Anonymous said...

Sebenarnya itulah menunjukkan keberanian orang PAS untuk hadhir di majlis resmi BN, bukan apa pun....

1- Cuma nak tengok seramai mana kehadiran, rupanya tak ramai mana....BN dah tidak ada harapan untuk menawan Selangor lagi kecuali penipuan menggunakan warga asing sebagai pengundi.

2- Mahu menunjukan kekuatan PAS di Shah Alam, umno ada berani hadhir di majlis Pas pakai vest umno ?

3- Kalau ada yg pakai baju 901 itu lagi hebat, satu cabaran kepada Najib.

Kesimpulannya buat apa pun dengan izin Allah Pakatan Rakyat akan dapat juga menawan Putra Jaya selepas PRU ke 13 nanti.... Allah huakbar.

Anonymous said...

Anon 1206..

Jgn la perlekeh kwn2 anda yg turun ke sana...takkan la anda nk kata yg kwn2 anda tu cuma nk jadi jaguh kmpg ja...manatau niat diorg ikhlas nk join apa yg Najib nk buat...

takkan la semua org PAS bersikap barbarian macam tuan... come on la...ramai lagi org PAS yg islamic...bukan semuanya macm tuan..dh terlajak ikut perangai DAP...

Sedih...menggunakan pandangan sendiri dan judge org lain...anda ni kepimpinan tertinggi PAS ke??? ceh...analisis dangkal...

Anonymous said...

anon 1206...

Barisan tak kesah org PAS nak dtg...takde nye nak halau...tapi cuba org BN dtg acara PAS...Mcm2 provokasi korang buat...halau lah...ejek lah...mcm sial perangai korang ni....takde tamadun...tu pasal org BN malas nak layan org PAS yg spesis mcm ko ni...