Seperkara yang menarik, Pangsapuri Rimba Jaya ini ialah kawasan penempatan semula setinggan, yang asalnya dikenali sebagai Kg Rimba Jaya. Antara pencetus tsunami politik Selangor, malah negara bermula di perkampungan setinggan ini.
Bermula dengan perintah perobohan kuil dan surau di Kg Rimba Jaya pada 30 Oktober 2007, telah mencetuskan ketidakpuasan hati dikalangan rakyat di situ dan mendapat simpati di seluruh negara.
Apabila Pakatan Rakyat berjaya menawan Selangor, Kg Rimba Jaya adalah antara kawasan awal yang dikunjungi oleh DS Anwar Ibrahim dan penduduk setinggan yang enggan berpindah di era pentadbiran BN, telah dijanjikan oleh PR Selangor.
Kini setelah 4 tahun pemerintah PR, sebiji rumah teres pun belum terbina di sana, seperti dijanjikan oleh ADUN Batu Tiga merangkap Exco Kerajaan Selangor Rodziah Ismail.
Maka esok, dengan kehadiran Najib bersama rakyat di Pangsapuri Rimba Jaya, pastinya akan ada ikrar dari penduduk di sana untuk mengembalikan Selangor dibawah pentadbiran BN.
Mungkin juga satu simbolik bagi Najib. Di sini BN jauh dan di sini juga tempatnya BN naik di Selangor. Oleh itu bermulalah episod pertembungan Najib dengan Anwar yang dalam keadaan bebas dari pertuduhan mahkamah. Pasti Najib tidak mahu menang berperang dengan lawan yang handicapped.
Good luck guys!
No comments:
Post a Comment