Monday, January 9, 2012

Khalid Ibrahim Akan Dahului Najib Untuk Bubarkan DUN Selangor?


Anwar Ibrahim bebas dan Hasan Ali dipecat dari PAS adalah dua peristiwa yang menarik untuk 2 hari ini.

Dengan perlepasan Anwar oleh mahkamah, maka tamatlah juga kempen Bebas Anwar 901. Namun kedudukan kerusi DUN kini adalah 14-13-7 untuk PKR, DAP dan PAS yang membawa jumlah 34 kerusi untuk PR.

Sementara bagi pembangkang kedudukan nya ialah 21-1 yang masing-masing untuk BN dan Bebas dengan jumlahnya 22 kerusi.

Kalaulah 6 anggota DUN keluar meninggalkan PR, maka kedudukan akan menjadi 28-28 untuk kerajaan dan pembangkang di Selangor. Oleh yang demikian, tidak mustahil akan berlaku krisis perlembagaan di Selangor. Malah Anwar mungkin juga telah melihat kemungkinan-kemungkinan demikian.

Andai ini berlaku, dan Anwar pula merasakan pembebasannya memberikan kekuatan kepadan PR, tidak mustahil Khalid Ibrahim akan membubarkan DUN lebih awal berbanding Najib.

Kedudukan kerusi DUNSelangor sebelum Badrul Hisham 
melompat ke BN dan Hasan Ali menjadi Bebas

No comments: