Mungkin pengunjung blog tersebut ingin memberitahu saya bahawa kedegilan Syed Husin untuk menerima jawatan senator, sehingga memerlukan Dewan Undangan Negeri Selangor untuk memutuskannya.
Sebenarnya, setiap Dewan Undangan Negeri berhak untuk melantik 2 orang senator untuk mewakili negeri masing-masing. Jadi ini bermakna bahawa bukannya bidang kuasa Anwar untuk melantik senator, sebaliknya ia mesti dinamakan oleh DUN.
Video di atas adalah menjadi rujukan kepada kenyataan pengunjung blog tersebut dan ia adalah berdasarkan kenyataan Anwar di minit 11:00.
Namun begitu, ada yang lebih menarik yang diserlahkan oleh video di atas. Rupa-rupanya "Memoir Perjuangan Politik Syed Husin Ali" adalah ditaja oleh kerajaan negeri Selangor.
Layakkah wang kerajaan negeri digunakan untuk menaja buku berkenaan? Kita tunggu Teng Chang Khim SELCATkan Khalid Ibrahim, atas salah guna wang awam!
No comments:
Post a Comment