Tuesday, November 22, 2011

The Best Moments To Remember (Disebalik Detik Pemecatan Anwar Ibrahim)


Selesai perlawanan bola sepak SEA Games 2011 yang menyaksikan kemenangan emas Malaysia keatas Indonesia, saya dan anak-anak menyambung untuk menonton highlights aksi-aksi emas yang lain.

Menariknya, renang berirama menyapu bersih 5 emas yang dipertanding disamping penguasaan acara terjun papan anjal.

Saya memberitahu anak-anak saya, penguasaan Malaysia dalam acara akuatiks bermula apabila Malaysia menjadi tuan rumah Commonwealth Games 1998 (SUKOM98). Dari situlah bermulanya kebangkitan Malaysia pada acara-acara tersebut, yang sebelum ini dikuasai oleh Singapura di rantau Asia Tenggara.

Kini, Malaysia bangkit untuk menguasai bukan sahaja di rantau ini, malah atlet Malaysia adalah bertaraf dunia. Sesungguhnya ia adalah suatu kebangkitan yang tidak pernah difikirkan sebelum ini.

Jangan lupa kepada pemangkin transformasi ini, TUN DR MAHATHIR yang sememangnya tokoh yang berani melakukan apa sahaja untuk meletakkan Malaysia di peta dunia. Malah SUKOM98 berlangsung ketika Dato' Seri Anwar Ibrahim baru sahaja dipecat sebagai TPM dan dikhuatiri event ini akan backfire kepada Dr Mahathir. Demi Malaysia, semua itu dilupakan.

Tidak lupa juga untuk memberi penghargaan kepada pelobi utama SUKOM 98 Tan Sri Annuar Musa yang menjadi Menteri Belia & Sukan, sebelum Tan Sri Muhyiddin yang menjadi menteri bertanggung jawab ketika event berkenaan berlangsung.

Tahniah dan terima kasih kepada para pegawai, atlet dan semua yang terlibat samada secara lansung dan tidak lansung.

Kepada PM Dato' Seri Najib Razak, adalah tugas anda untuk meneruskan legasi.

JOM BANGKIT!

2 comments:

Anonymous said...

Ya saya ingat tika dan saat itu.

Kita seronok sokong Sukan Komonwel, Anwar dan juak-juaknya sibuk dengan reformasi.

Kita sambut gilang gemilang, dia dan penyokongnya kene mandi air semburan FRU.

Laa ni ada lagi tak totok2 Anwar sanggup buat macam ni lagi free tanpa perlu bayaran mcm dulu?

Anonymous said...

Masa SUKOM98, saya bertugas sebagai Sukarelawan di bahagian angkat berat bersama2 beberapa anggota tentera dan pegawai2 penjara, berita Anwar Ibrahim dipecat, suasana ditempat latihan angkat berat UPM agak kelam kabut, ada beberapa sukarelawan yang menyokong Anwar Ibrahim bertindak memboikot tugas. Saya berasa bertanggungjawab menjelaskan kepada penyokong2 Anwar Ibrahim yang bertugas sebagai sukarelawan untuk meneruskan khidmat sukarela disebabkan sebelum ini, saya pernah mengalami pengalaman yang amat pahit dlm hidup apabila saya bersama2 lebih kurang 300 orang dihalau & dihina oleh Anwar Ibrahim semasa beliau menjawat jawatan TPM merangkap Menteri Kewangan diHotel Equitorial, P.Pinang. Inilah kejadian yang tidak akan dapat saya lupakan seumur hidup.