Thursday, November 24, 2011

Peluang Kedua Pemuda PAS Berdemontrasi Depan Elton

Jika sebelum ini bak ayam jantan berkokok petang, akhirnya Dewan Pemuda PAS membatalkan hasrat demontrasi membantah Konsert Elton John.

Namun kini ada peluang kedua untuk Pemuda PAS untuk berdemontrasi di depan Elton.

Tapi bukan depan Elton John, sebaliknya di depan Etan & Elton Tailor, Ipoh!

Semalam jam 4.00 petang YB Dato Hamdi telah membuat sidang akhbar bertempat di Dewan Undangan Negeri Perak.

Dalam sidang akhbar itu YB Dato Hamdi telah membongkar satu penipuan yang dilakukan oleh YB Nga Kor Ming mengenai tender membekalkan Long Suit kepada Ahli Majlis Majlis Bandaraya Ipoh



Dalam sebutharga ini sejumlah 5 syarikat telah memasuki sebutharga ini pada April 08.

Syarikat Goodman Tailor telah dipersetujui oleh jawatankuasa sebutharga dengan nilai sebutharga RM450 keputusan lulus pada 6/8/08. Ini juga merupakan sebutharga yang terendah.



Pada 9/8/08 keputusan sebutharga ini telah di tukar kepada Etan and Elton Tailor yang dipunyai oleh seorang lembaga pengarahnya Wong Siew Chin iaitu isteri kepada YB Nga Kor Meng.


Dan dalam masa yang sama Nga Kor Meng mengarahkan untuk membatalkan kontrak Goodman Tailor yang telah dipersetujui oleh lembaga sebutharga. - [Sungai Rapat Online]

No comments: