Tuesday, July 26, 2011

Perhatian Kepada Para Suami : Kod Etika Penyusuan Diketat

Tahukah para suami bahawa pemasaran susu formula mempunyai kod etika?

Bukan sahaja mempunyai kod etika, sebaliknya kod etika berkenaan akan diperketatkan.

KUALA LUMPUR 25 Julai – Kerajaan akan memperketatkan kod etika bagi pemasaran susu formula dan produk berkaitan bagi mengelakkan berlakunya pelanggaran peraturan oleh syarikat pengeluar susu formula yang beroperasi di negara ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, langkah itu turut melibatkan mempamer bahan-bahan yang tidak diluluskan serta tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Peraturan dan Akta Makanan. [Utusan]

No comments: