Sosial dan Kebajikan Rakyat:
· Memberi hadiah sebanyak RM1,000 seorang kepada setiap anak Selangor sebaik menerima tawaran kemasukan ke mana-mana institusi pengajian tinggi.
· Memberi bantuan atau biasiswa menurut merit kepada anak Selangor di semua peringkat pendidikan.
· Membuka tabung permulaan bernilai RM100 bagi setiap kelahiran anak Selangor.
· Memberi pendidikan pra-sekolah percuma kepada anak Selangor berusia 5-6 tahun.
· Mengurangkan bebanan ibu bapa yang menghantar anak-anak ke nurseri tanpa had bilangan dengan memberi subsidi antara RM50 – RM100 seorang.
· Mencarumkan skim perlindungan insurans (takaful) warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan anak yatim.
· Memberikan elaun ibu tunggal yang layak menurut tanggungan masing-masing.
· Memberi elaun khas antara RM150 – RM250 sebulan untuk wanita tanpa pekerjaan tetap yang memilih untuk menjadi suri rumah bagi menjaga anak-anak kecil mereka (di bawah 12 tahun).
· Memastikan setiap keluarga memiliki sebuah rumah dalam skim perumahan rakyat.
· Mewujudkan institusi untuk menyelaraskan hal-ehwal agama selain agama Islam demi mewujudkan perpaduan dan persefahaman antara kaum dan agama.
Kesihatan Rakyat:
· Memberi cuti bergaji selama 90 hari bagi wanita bersalin (kakitangan kerajaan negeri).
· Memberi cuti selama 14 hari kepada suami (kakitangan kerajaan negeri) bagi menjaga isteri yang baru bersalin.
· Memberi cuti bergaji selama satu bulan bagi wanita (kakitangan kerajaan negeri) yang kematian suami.
· Memberikan perkhidmatan perubatan di hospital kerajaan dan pengangkutan awam percuma kepada semua warga emas berusia 65 tahun ke atas.
Ekonomi Rakyat:
· Memudahkan dan mempercepatkan kelulusan dan pembaharuan lesen perniagaan.
· Mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20% dan cukai premis komersial sebanyak 10%.
· Membela kehidupan rakyat miskin terutama petani dan nelayan bagi memperolehi pendapatan minimum RM1,200 sebulan.
Keselamatan Rakyat:
· Menguatkuasa dan memantau projek-projek pembangunan agar mematuhi syarat-syarat perlindungan alam sekitar bagi mengelakkan kejadian seperti tanah runtuh dan banjir.
· Mengkaji semula sistem Rukun Tetangga untuk diganti dengan sistem baru yang lebih berkesan di bawah penyeliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
· Mewujudkan pusat khidmat sehenti bagi menangani kes-kes jenayah dan keganasan terhadap wanita.
Kami akan menyemak semula prestasi syarikat-syarikat rugi yang selama ini ditanggung oleh kerajaan negeri. Projek-projek mewah yang hanya memanfaatkan kroni politik akan dihentikan.
Bagi kami kepimpinan adalah satu amanah. Ia bukannya peluang bagi mana-mana pemimpin untuk merebut kekayaan bagi diri, kroni-kroni dan keluarganya sendiri dengan terus meminggirkan rakyat.
Sumber kekayaan dan hasil pendapatan Negeri Selangor adalah hak seluruh rakyat. Ia bukannya hak milik mana-mana pemimpin. Pemimpin hanya menguruskan sumber-sumber ini bagi pihak rakyat yang memilih mereka.
3 comments:
Selangorku Darul Vigil...
http://www.youtube.com/watch?v=5IEo7kUiU4k&feature=player_embedded
habuk pun takdak...memang pr dasar penipu macam mat sabun
Anak aku 2 orang masuk U,....mana duit dia.Yg bongsu ada kat tadika dan kemudian ke baby sitter .....mana duit dia.
Cukai pintu turun 20%....kah kah kah.Cuba lewat bayar...kena denda ada lagi.Dia orang yg penggal leher rakyat.Banner merata tempat.Kasi tayang muka si Gagap ni untuk menerangkan merakyatkan ekonomi.Pasir pun suami anak saudara dia pun dapat.Cerita air free ni,macam buruk siku.Canang satu dunia,Kalau dah bagi diam aje la,ni bising....kemudian akhir ayat minta rakyat terus sokong.Tak malu punye orang
Rahim Janggut.
Post a Comment