Monday, March 7, 2011

Solat Hajat Perdana Pakatan Rakyat Semakin Menyerlahkan Misteri Lelaki DNA Y


Cuma kurang 2 hari lagi, genaplah 2 bulan Solat Isyak dan Solat Hajat Perdana Pakatan Rakyat diimamkan oleh Ustaz Hadi juga dengan harapan agar Allah SWT menyelamatkan Malaysia dan Selangor termasuk isu ketidak-adilan yang berlaku di dalam perbicaraan Datuk Seri Anwar.

Kini sedikit demi sedikit ditunjukkan kepada kita semua bermula dengan kegagalan Sidang Khas DUN Selangor untuk meminda perlembagaan negeri berhubung perlantikan SUK. Kemudian kegagalan PAS dalam 3 PRK berturut.

Disamping itu, penurunan mendadak kehadiran di Stadium Melawati Shah Alam, iaitu dari 30,000 ketika Solat Isyak dan Hajat Perdana kepada cuma 1,500 ketika Pelancaran Buku Jingga.

Sementara itu ketidakadilan yang dialami oleh Saiful Bukhari Azlan dalam perbicaraan Kes Liwat 2 Anwar Ibrahim (ekoran tertinda 50 kali), kini telah pulih dan berjalan lancar. Malah misteri lelaki Y, pemilik DNA yang ditemui oleh ahli-ahli kimia semakin menemui jawapannya.

Terima kasih kepada PAS dan PKR yang telah menganjurkan majlis tersebut dan tidak lupa kepada semua yang telah hadir, khususnya Bob Lokman yang merupakan antara selebriti yang telah turut serta.

Moga kebenaran akan terserlah, insyaallah.

3 comments:

vulcan933 said...

nik ajis punya angkaara.sumpah c tua memakan diri sendiri

Anonymous said...

Suka kalau puak2 ni buat solat hajat dan doa2 bala kat orang lain. sebabnya akan terbalik kat muka sendiri.

Anonymous said...

alhamdulilah..banyakkan solat hajat ..agar kebenaran dapat ditegakkan...kemungkaran di hapuskan...amin.