Sudah lama Saifuddin Nasution tidak berucap dipentas rakyat. Mungkin terlalu sebok membuat housekeeping di ibu pejabat PKR hingga tidak mempunyai masa untuk menyertai beberapa siri ceramah, mahupun kempen pilihanraya kecil. Almaklum, bukan senang untuk mentadbir suatu organisasi yang tunggang langgang seperti PKR. Banyak yang perlu diperbaiki dan dikemaskini. Apatah lagi tatkala PKR baru sahaja selesai mengadakan pemilihan yang penuh dengan kontroversi bebeberapa bulan yang lalu.
Saifuddin telah memilih Dewan Rakyat sebagai platform untuk melontarkan suara dan pendapatnya. Di Dewan Rakyat Ahli Parlimen Machang itu, mengajak semua ahli Dewan Rakyat supaya mengambil pedoman dari kebangkitan suara raya rakyat yang berlaku di seluruh dunia Islam.
Sebenarnya, suara rakyat telah pun bermula semenjak berakhir PRU2008. Kebanyakan blogger pro BN sendiri, telah mengasak Tun Abdullah Ahmad Badawi supaya berundur. Cuma bezanya, blogger pro BN tidaklah mengajak rakyat untuk berdemontrasi, berarak atau berhimpun untuk meminta Pak Lah supaya turun dari kerusi PM ketika itu. Sebaliknya Pak Lah, dengan secara terhormat malah berhemah dengan sendiri membuat peralihan kuasa kepada DS Najib Tun Razak.
Saya yakin, Najib sendiri menyedari dan memahami aspirasi rakyat. Jika tidak masakan timbulnya slogan "pencapaian diutamakan, rakyak didahulukan".
Malaysia dan Mesir mempunyai suasana dan latarbelakang yang berbeza. Melainkan kebanyakan rakyat kelaparan, mungkin demontrasi akan berlaku dan gerakan rakyat akan mudah terbentuk dan terlaksana.
Kesempatan yang terhidang dengan penguasaan Pakatan Rakyat di Kelantan, Selangor, Kedah, Pulau Pinang malah di Perak tidak digunakan sebaiknya. Sebaliknya yang terserlah ialah kepincangan dan kelemahan pentadbiran, kerana rakyat berpeluang membuat perbandingan antara pentadbiran PR dengan pentadbiran BN sebelumnya.
Sementara bagi kes Kelantan, itulah satu-satunya negeri di Malaysia yang menyamai Mesir, jika disamakan tempoh masa pemerintahan MBnya. TG Nik Aziz Nik Mat telah pun menjadi MB lebih 20 tahun. Jadi dalam hal ini, yang perlu diturunkan, bukanlah Najib tetapi Nik Aziz! Sanggupkah Saifuddin menjuarai gerakan rakyat untuk menurunkan Nik Aziz dari teraju pentadbiran Kelantan?
No comments:
Post a Comment