Friday, March 11, 2011

Awas! PAS Dijangkiti Virus Tukar Pemimpin

Rupanya bukan sahaja tapuk pemerintahan negara sahaja perlu ditukar, tetapi dalam PAS sendiri seolah-olah memberi isyarat agar kepimpinan tertinggi PAS, iaitu yang melibatkan Presiden dan Timbalan Presiden perlu ditukar.

Hadi Awang sebagai Presiden dilihat membawa imej seorang Jeneral yang kalah di padang tempurnya sendiri, iaitu merujuk kepada kegagalan Hadi Awang (ketika itu berjawatan MB Terengganu) mempertahankan Terengganu diPRU2004.

Sementara Timbalan Presidennya, Nasharuddin Mat Isa digambarkan sebagai seorang tokoh yang tidak dikenali.

Jadi, siapa yang layak? Kalau dilihat dari segi kemenangan PAS diperingkat negeri, 2 tokoh yang mungkin boleh diberi pertimbangan samada Nik Aziz atau pun Azizan Yaakob!

Virus menukar pemimpin dalam PAS boleh dilihat di SINI.

1 comment:

Anonymous said...

Jika dulu penyokong-penyokong Nik Aziz begitu seronok menggelar Tun Dr. Mahathir sebagai mahafiraun, mahazalim dan mencarut terhadapnya sesuka hati, kini Nik Aziz juga mengalami nasib yang sama. Panggilan si tua bahlol adalah sinonim dengan Nik Aziz.

Bezanya nasib Tun Dr. Mahathir dan Nik Aziz kini, walaupun seorang sudah bersara dan seorang lagi ingin memerintah sampai mati, ialah nama Tun Dr. Mahathir terus gemilang, dijulang dan dihormati di seluruh pelusuk dunia, manakala nama Nik Aziz pula bukan sahaja tidak dikenali malah semakin membusuk walaupun di Kelantan, negerinya sendiri.