Gambar dari: Semut Hitam
Setakat ini tidak dapat disahkan lagi perisytiharan kekosongan kerusi DUN Pelabuhan Klang, berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam memihak kepada Badrul Hisham Abdullah yang memohon injunksi sementara bagi menghalang SPR membincangkan status kerusi DUN berkenaan sehingga 17 Februari 2011.
Ini bermakna, untuk melihat PRK Pelabuhan dan PRK Merlimau berjalan seiringan nampaknya agak mustahil. Dilihat dari segi pengagihan antara PKR dan PAS, berdasarkan PRU2008 masing-masing diperuntukkan di Pelabuhan Klang dan Merlimau.
Meskipun laporan awal mengatakan PAS memberikan laluan kepada Ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin untuk bertanding di PRK Merlimau, tetapi laporan terbaru menyatakan PAS kekal bertanding di DUN tersebut.
Mungkinkah ini merupakan satu rekod baru tercipta, apabila Sam Ketot secara hat-trick gagal bertanding di PRK Hulu Selangor, Merlimau dan Pelabuhan Klang?
No comments:
Post a Comment