Sekali pandang, saya membuat kesimpulan guru KAFA yang mengajar di Sekolah Agama Rakyat atau KAFA Integrasi (KAFAi) bakal mendapat RM1,600 sebulan yang masing-masing disumbangkan oleh JAKIM RM800, Kerajaan Negeri Selangor RM500 dan tambahan dari pengumuman terbaru dari Kerajaaan Negeri RM300.
Namun apabila dibaca sekali lagi, ia hanya melibatkan Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAi).
Ini bermakna, usaha ini adalah tidak lain bertujuan untuk memadankan elaun guru-guru di SRA dan SRAi selaras dengan elaun guru-guru di KAFAi yang mendapat elaun bulanan RM1,300.
Untuk rekod, guru-guru di KAFAi telah awal-awal lagi menerima berita gembira melalui pengumuman PM semasa pembentangan Bajet 2011.
1 comment:
Khalid nak pancing undilah ni.....
Post a Comment