Laporan terkini dari Medan Info di lapangan, memaklumkan bahawa kumpulan pertama para pelajar Malaysia yang dibawa pulang dari Kaherah akan tiba jam 10 pagi, 7 Februari 2011 dan dilaporkan akan disambut sendiri oleh PM.
Tahniah kepada petugas-petugas dan para sukarelawan yang tidak dapat disebut satu persatu, yang menyertai dan melaksanakan tugas misi membawa pulang rakyat Malaysia di Mesir dengan jayanya.
Selain dari Ketua Delegasi Kerajaan Malaysia, DS Jamil Khir Baharom dan Timbalan Menteri Luar, Senator A. Kohilan Pillay delegasi ini turut disertai Dato' Abdul Azeez Rahim, Presiden Kelab Putera 1 Malaysia dan Dato' Sahlan Ismail, Setia Usaha Politik PM.
Dalam pada semua pihak mengalu-alukan kejayaan semua petugas membawa pulang para pelajar Malaysia dari Mesir, Naib Presiden PAS Dato' Mahfuz Omar masih lagi hendak mencari kesalahan kerajaan. Kalau suka sangat mencari salah, apa kata Mahfuz kumpulkan orang dan buat demontrasi di KLIA sebaik ketibaan penerbangan pertama tersebut!
Sepatutnya Mahfuz mencontohi Saifuddin Nasution yang hanya berdiam diri diatas usaha-usaha gigih Sahlan Ismail.
No comments:
Post a Comment