Rasa belas dan simpati kepada seorang yang bergelar ayah yang turut terpalit akibat perbuatan anaknya seperti dilapurkan di sini. Betapa tidaknya, saya juga mempunyai 3 orang anak lelaki yang berumur 11-17 tahun yang tidak saya ketahui nasib dan masa depan mereka.
Sesungguhnya, kepada Allah jua saya pohon perlindungan agar ditetapkan iman anak-anak lelaki saya. Sedangkan telah diriwayatkan kepada kita semua perihal anak-anak Nabi Nuh dan Nabi Lut yang tidak mahu mendengar nasihat bapa masing-masing, apatah lagi YM RPK dan diri saya sendiri yang merupakan insan biasa.
Kepada YM RPK, saya rakamkan rasa simpati yang seamatnya dan sama-samalah kita tanamkan keazaman untuk menjadikan suasana selamat di kawasan kejiranan kita. Sesungguhnya, ruang terbentang luas untuk YM Raja Azman untuk membetulkan kesilapan yang telah dilakukannya.
6 comments:
pengajaran..
didikan ibu bapa yang baik dan berlandaskan nilai-nilai islam insyallah anak-anak akan berada di jalan yang diredhai
rezeki yang halal juga penting..rezeki hasil fitnah, rasuah dan perkara yang dilarang syara' hendaklah dijauhi..
anak-anak juga melambang peribadi ibu bapa..
100% aku sokong kau azreen. Buat akar umbi simpati kau tu tak bertempat
kalau kena pada umno, sure puak pas yang bising, inilah balasan Allah, dan kemudian takbir.
la ni, ada depa bising ka?
jangan nampak kita saja yang betul tapi orang lain bersalah. ditambah lagi dengan tulisan fitnah dan yang half-truth.
padan muka rpk. tapi orang macam ni, mana dia nampak ini sebagai balasan.
anak pun tak dak kerja. pi minta jadi pengawal istana. dapat juga gaji.
Rezeki yang halal membawa berkah ke dalam keidupan. Oleh itu bawa banyka bertaubat. Mana-mana Akuan Sumpah yang palsu tolong maklumkan kepada Umum. Rakyat Malaysia berhak tahu.
Allah maha kaya...didunia telah ditunjukkan balasan setimpal....
takbir!takbir!TAKBIR!dats what they do r good at..
what goes around comes around...
Post a Comment