Tuesday, August 12, 2008

Perlukah Konsesus Pasca Merdeka?

Saya belum pernah memberikan maklum balas yang serius berhubung dengan keadaan politik negara pada hari ini. Sebaliknya, saya cuma menelan hujah-hujah, samada pro mahu pun kontra. Bila sendirian, otak mula berfikir dan mengimbas satu demi satu peristiwa sebelum dan selepas pilihan raya umum 12 yang baru lalu. Akhirnya, saya menyimpulkan bahawa wujud keberantakan politik di dalam negara. Keberantakan ini bukan saling kontra antara individu tetapi melangkaui batas sempadan agama, budaya, bangsa dan organisasi politik.

Dicelah-celah keberantakan politik ini, saya terlihat bahawa generasi pasca-merdeka menuntut satu konsesus yang baru. Pra-merdeka telah memahat ugutan dari kolonial British bahawa Tanah Melayu akan menjadi huru hara, andainya tuntutan merdeka oleh rakyat pribumi dipenuhi. Justeru, pemimpin-pemimpin pra-merdeka telah mengambil pendekatan diplomasi dengan bersetuju dengan cadangan memberi kewarganegaraan kepada pekerja-pekerja asing disektor perlombongan dan perladangan. Persetujuan ini diterima oleh majoriti rakyat pribumi, namun terdapat juga penentangan terhadap keputusan terebut. Malahan ada yang beranggapan bahawa ini membuktikan kelemahan pemimpin ketika itu, kerana tunduk kepada tekanan kolonial British. Mujurlah perkara-perkara yang berkaitan Islam, Raja, tanah simpan Melayu dan tanah adat, Bahasa Melayu dan keistimewaan kuota masing-masing terpelihara dibawah Artikel-Artikel 3, 32, 89, 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan

Hari ini rata-rata anak-anak pasca-merdeka telah menjadi dewasa. Mereka adalah generasi yang boleh dikatakan sebagai, celik sahaja mata telah menjadi warga negara Malaysia. Jadi tidak hairanlah mereka menuntut kepada keperluan konsesus yang baru. Namun begitu, barangkali apakah respons terhadap persoalan yang ingin saya ajukan seperti berikut:-

1. Mampu dan relakah pribumi melepaskan keistimewaan yan mereka miliki?
2. Sanggupkah bangsa Cina dan India menghapuskan kewujudan SJK (C) dan SJK (T) demi
perpaduan nasional?

Sejujurnya, saya ingin menyatakan bahawa saya tidak rela keberantakan politik yang berlaku pada hari ini memberi ruang kepada provakasi terhadap agama dan bangsa saya. Akhirnya, dek kerana budaya Melayu yang terlalu mengambil hati, kesilapan pusingan kedua akan dilakukan oleh pemimpin-pemimpin politik Melayu untuk konsesus baru era milineum ini! Semoga ada rahmat yang tersembunyi dari apa yang telah terjadi, insyaAllah.

5 comments:

melayuangkat said...

Salam Saudara Azlan,

Saya juga sependapat dengan saudara.

Semoga kita terus dibawah lindungan Rahmat Illahi.

man_helang said...

lan...wah gile hebat ayat kau, sekali ko buat entri mkn dalam aku baca...

itu yg aku takutkan lan, entiti budaya kita yg dah semakin lenyap, tp ko jugak boleh lihat...yg nak melenyapkan tu bukan org lain...tp bangsa kita sendiri, samaada kita sedar atau tidak sahaja...

Akar Umbi said...

1. Kak Cik - saya kena berfikir dalam konteks Klang Bandar Diraja Selangor yang di huni mengikut anggaran ratio 40:35:25 (M/C/I). Mampukah bersaing? Bukan ajak gaduh pun...
2. Man - bukan apa, sekali-sekala nak maintain skill penulisan beb....

SANG NILA UTAMA said...

salam saudara.. saya rakan baru.. bercerita tentang kesediaan orang melayu melepas hak kiata sebagai bangsa istimewa tidak relevan.. ya.. tak relevan tapi buat masa ini.. kita masih belum bersedia untuk itu.. tapi antara bangsa lain sedar atau tidak, melayu-bumiputera telah lama bertolak ansu8r dengan mereka.. saya kecewa dengan sikap segelintir ahli berhormat yang menggunakan isu ini diparlimen.. bahkan isu kekecewaan ini diluah sendiri oleh Tan sri pandikar selaku Speakernya.. usah bertelagahla ahli berhormat. Malaysia ini kerdil sahaja... esok menang sorak kampung tergadai.. hidup BANGSA MALAYSIA. SALAM PERPADUAN.

Juliana Dewi Kartikawati said...

Assalamuallaikum, Azlan. Senang sekali kenal wong kito di Malaysia. Terimakasih sudah mampir ke blog saya. Kalau mau tau tentang Palembang, visit http://palembang-blogger.blogspot.com
Di situ komunitas Blogger Palembang berkumpul.

Wassalam,
Juliana Dewi K