1992 Proton Iswara menggantikan Proton Saga. Bank Negara telah kerugian akibat ekoran penglibatan BNM dalam transaksi matawang asing. Nor Mohamed Yackop, eksekutif kanan di BNM telah meletakkan jawatan atas dasar bertanggungjawab berhubung dengan kerugian tersebut.
1993-1995 kedudukan Pak Ghafar sebagai TPM tergugat. Team wawasan muncul dan memenangi pemilihan UMNO dengan membariskan Anwar sebagai Timbalan Presiden UMNO dan Naib Presiden terdiri dari Muhyiddin, Najib dan Mohammad Taib serta kehadiran Rahim Tamby Chik sebagai Ketua Pemuda. Anwar dilihat sebagai bakal PM untuk tempoh ini, namun Rahim “bercuti” sebagai Ketua Pemuda kerana isu peribadi. Tempoh ini juga dari menyaksikan keadaan ekonomi yang begitu baik. Orang Melayu dah mula lepak kat broker saham (dah mula pandai main saham). Bak kata Daim Zainuddin, untuk duit poket dihujung minggu. Saham baru disenaraikan pun, paling bangsat pun RM2 boleh untung untuk setiap unit.
1996-1998 Anwar kekal untuk penggal ke2 sebagai Timbalan Presiden. Naib Presiden kekal dijawatan masing-masing, kecuali Muhyidin tergucil dan menyaksikan kemunculan Pak Lah sebagai pelengkap barisan. Zahid Hamidi unggul dalam pertembungan sengit kerusi Ketua Pemuda yang turut disertai Isa Samad, Annuar Musa dan Rahim sebagai penyandang jawatan. Petanda-petanda kegawatan ekonomi bermula pada pertengahan 1997. Jerebu dan krisis bekalan air melanda negara. Malaysia mencatat sejarah menjadi tuan rumah Sukan Komawel 1998.
1999 tahun terakhir menjelang alaf baru. Istilah IT, “Y2K bug” bermain dibibir setiap peringkat rakyat jelata. Tahun ini juga istilah politik yang popular ialah “kronisme”, “kolusi”, “nepotisme” dan “reformasi”. Istilah ini bukan sahaja popular di Malaysia, tetapi turut meluas digunakan di Indonesia. Ada grand design ke? Kawan-kawan pun ramai yang telah berhijrah politik.
ERA ALAF BARU rasanya tak perlulah nak diceritakan kerana rata-rata telah pun melalui setiap peristiwa yang berlaku. Sesungguhnya susah-senang, jatuh-bangkit, pahit-manis adalah pengalaman yang bakal menjadikan pengajaran bagi kita sebagai seorang dewasa.
4 comments:
Assalamu'alaikum Saudara Azlan,
Seperti Saudara membacakan kisah hidup saya pula. Yalah, dewasa dalam kedewasaan
Wassalamu'alaikum,
TOKPAKIR KORBANDEMOKRASI
Alaikumussalam Tokpakir,
Saya telah membaca latest posting Tokpakir, awal di akhir 1/3 malam dan moga tabah dalam menghadapi cabaran dan rintangan.
lan...aku dulu2 tak berapa nak ambil kisah sgt hal politik, sebab aku merasakan hidup terlalu mewah...takde apa yg nak dirisaukan...tp sekarang keadaan telah berubah...
Man - masa muda dulu, aku pun begitu. Samada kita suka atau tak suka, tak banyak, sedikit akan terkena tempiasnya. Disebalikkan kebobrokan pemimpin (?), baik kau mahu pun aku harus menanam sikap bahawa kita tidak akan berkelakuan macam mereka, andainya terpalit didahi kita untuk menjadi pemimpin menggantikan mereka.
Post a Comment