Mulai minggu lepas, kalau muka tak malu boleh makan free setiap hujung minggu. Ini bukan kenduri kahwin, tapi jamuan di mesyuarat agung UMNO cawangan-cawangan yang meliputi minum pagi jam 10, jamuan teh jam 4.30 dan makan malam jam 9.30 . Hujung minggu ini akan masuk minggu kedua. Kalau berminat , rajin-rajinlah jenguk Pejabat UMNO Bahagian, tengok jadual mingguan persidangan UMNO.
Sebenarnya bukan makan free yang menjadi keutamaan tetapi silaturrahim yang lebih penting. Bagi saya yang hanya akar umbi diperingkat cawangan memadai sekadar untuk ‘dengar-dengar’ dan ‘campur-campur’ perkembangan politik setempat. Rasanya tak perlu dengar cerita politik nasional kerana kita umpama ‘katak di bawah tempurung’. Malahan kalau hendak menjadi jaguh pun, cukuplah sebagai ‘jaguh kampung’!
Meskipun telah kehilangan kerusi parlimen, 3 kerusi DUN dan juga kehilangan tampuk pemerintahan negeri, UMNO setempat tetap meriah. Di bahagian sendiri pun khabarnya ada 3 calun yang sedang giat mencari pencalunan Ketua Bahagian, 2 calun Ketua Wanita, 2 calon Ketua Pemuda dan 2 calun Ketua Puteri. Tidakkah ini menggambarkan bahawa UMNO tetap segar dan tetap diterima oleh masyarakat dan mendorong mereka menggunakan wadah UMNO untuk berkhidmat?
Rasanya tidak salah untuk saya menyatakan bahawa politik UMNO tetap menarik perhatian. Malahan ketika duduk bersembang di sebuah gerai, anggota polis pun bercerita tentang siapa-siapa yang ‘race’ untuk jawatan-jawatan utama UMNO Bahagian. Oh, betapa hebatnya UMNO walau pun hilang segalanya di kawasan parlimen dan negeri, orang luar pun tetap mengikuti perkembangan!
Berkaitan isu pula, pastinya yang paling utama ialah peribadi. Macam-macam terkeluar dari ‘private life’, sikap/tabiat dan juga ada yang tunggu di pagar masjid, demi memastikan calun-calun rajin ke masjid atau tidak. Segala teropong, kamera dan telefon bimbit digunakan untuk merakamkan segala perjalanan aktiviti dan percakapan para calun. Silap-silap gaya dinding, tiang dan kemungkinan juga pekerja asing di restoran atau gerai pun adalah ‘informer’ calun yang bertanding. Manifesto pula, sudah tentu berkaitan dengan perpaduan, peralihan kepimpinan, kesinambungan perjuangan dan lebih penting ‘aku boleh tolong kamu semua’.
Meriah dan terus meriah. Barangkali inilah yang mendorong kepada pengisian Rejab, Syaaban, Ramadhan dan Syawal tahun ini. Moga-moga Allah akan memberikan keberkatan kepada kita semua .
Namun disebalik keseronokan jangan sampai alpa kepada realiti bahawa perjuangan sudah samapi ke penghujung jalan.Diri menang, parti kecundang. Perkara-perkara pokok seperti pemulihan keyakinan rakyat terhadap UMNO jangan dikesampingkan. Begitu juga dalam isu-isu penguncupan ekonomi, anasir-anasir yang menggugat agama dan bangsa haruslah diberikan perhatian. Jangan sibuk mendedah hingga terlupa menutupi keaiban kawan dan lawan. Akhir kata, kalau tidak bersedia untuk BERSATU, BERSETIA dan BERKHIDMAT, jangan tawarkan diri anda untuk bertanding. Sesungguhnya, PRU12 haruslah dijadikan iktibar dan ingatlah jangan gunakan demokrasi untuk menghalalkan segala-galanya.
6 comments:
salam bro...
aku dah penat lah ngan cite politik...aku ingat nak stop kejap...pale aku kene rehat, dah nak hang dah rasanya, tak pepasal kondem plak nanti...
bro...
aku lupa nak tanya lah...laksa ade sekali dlm menu tak???kalau ade aku nak gak g jengok kat mesyuarat cawangan tu...hu hu
Man,
Mestilah ada Man. Jomlah Man pi tengok, sambil tu seronok2 dok peghati gelagat oghang!
Saudara Azlan, Assalamu'alaikum
Sungguh nolstalgik posting saudara ini.
Mengingatkan waktu-waktu 'kecil-kecil' dahulu. Asyik dengan mainan kepartian sehingga kadangkala lupa diri sendiri.
Secara positifnya mungkin ada yang boleh disalvage dengan kepartian ini jika ada mereka itu adakan agenda missionari Agama dalam setiap parti-parti mereka terutamanya UMNO. Bahtera Nuh katakan. Cuma, kena dakwah betul-betul macam Ahmad Deedat, Zakir Naik dllnya. Bukan suruh orang bukan Islam dan separa-Islam masuk parti atau cawangan, tetapi ajak mereka masuk Islam.
Itu bakti yang baik yang UMNO boleh sumbang kepada Rasul dan Tuhan.
Sekadar menambah...
Wassalam
TOKPAKIRKORBANDEMOKRASI
Assalamualaikum Saudara Azlan,
UMNO telah melalui berbagai halangan, rintangan dan cubaan. Semoga apa yang telah dan sedang berlaku akan sentiasa dijadikan iktibar dan UMNO bangkit semula demi bangsa, Agama dan Negara, InsyaAllah.
Saudara Azlan ,
TQ.krn mengunjungi blok saya.SAYA HARAP RAMAI LAGI YG AKAN SUDI MELAWATI LAMAN BLOG SAYA.S ekadar..relexkan fikiran kalau hanya cakap pasal politik sakit gok kepala kita...memang kena rehat juga.
Sebenarnya keadaan politik masa kini tak ada ubahnya semasa trg, kalah pd pas pada thn 1999 dulu ,Rakyat marah bila org umno berebut kuasa masa itu.Tapi silapnya PAS,tak pandai ambil hati rakyat,jadi balik ke asalla umno...semuga apa yg berlalu dijadikan iktibar...tapi rasanya org umno ni susah nak nampak dan faham tentg apa kecelaruan yg sedg dihadapi sekarg...Selamat bersidg.......
Post a Comment