Friday, February 15, 2013

Anwar Bayangkan Kecenderungan Untuk Benarkan Kalimah Allah Digunakan Dalam Bible Jika Jadi PM Malaysia Kepada Penganut Kristian Sabah


Dinilai dari ucapan Ketua Umum PKR DS Anwar Ibrahim ketika Majlis Makan Malam Tahun Baru Cina PKR Sabah adalah jelas bahawa beliau membayangkan akan membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu.


Kenyataan Anwar tersebut adalah bertentangan sama sekali dengan keputusan mesyuarat Majlis Ulamak PAS yang tidak mengizinkan god diterjemahkan sebagai Allah dalam Bible bahasa Melayu.

Malah pendirian kuat Anwar terhadap isu ini membawa kepada betapa mendorong kepada maki hamun telah dihamburkan kepada Dato' Dr Haron Din.

Untuk menonton video pengakuan Haron Din yang beliau telah dimaki kerana punya pendirian yang berbeza dengan Anwar, klik SINI.

Laporan penuh berkenaan kunjungan Anwar ke Sabah sempena Tahun Baru Cina, ada di blog DKM Sabah.

Thursday, February 14, 2013

Kerana Mulut Badan Binasa - Mat Sabu Hanya Tinggal 1 Hari Untuk Perbetul Keceluparannya


Blog ini pernah mendedahkan kenyataan hentam keromo Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu terhadap Timbalan Pengerusi SPR  Dato' Wan Ahmad Wan Omar di SINI.

Awal-awal lagi saya mengesan bahawa Mat Sabu dan Harakah telah tersalah tembak.

Akhirnya, akibat terlajak kata, Mat Sabu cuma ada ruang masa sehingga esok untuk menjawab  saman dari Timbalan Pengerusi SPR berkenaan.

Dr Haron Din Kena Maki


Apa yang pasti ialah Dato' Dr Haron Din telah dimaki oleh kalangan Pakatan Rakyat kerana berpendirian tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah untuk terjemahan 'God' dalam Bible Bahasa Melayu.

Beliau telah mendedahkan perkara tersebut dalam ceramah di Taiping baru-baru ini dan sekali lagi menegaskan bahawa jika kita redha Allah diletakkan kepada God, bermakna kita rela Allah itu disyirikkan oleh manusia.

Saturday, February 9, 2013

G7 Jadi 'Spy' Lembaga Disiplin UMNO Untuk Cegah Cah Keting Dalam PRU13


Presiden UMNO DS Najib telah mengumumkan salah seorang dari G7.

Dalam UMNO, G7 adalah istilah yang digunakan dikalangan mereka bagi merujuk kepada 7 orang ahli UMNO Bahagian yang dipilih dalam Mesyuarat Agong Tahunan Bahagian sebagai perwakilan bahagian berkenaan ke Perhimpunan Agong UMNO Malaysia.

7 orang perwakilan ini adalah tambahan kepada perwakilan automatik yang terdiri dari Ketua, Timbalan, Naib, Ketua-Ketua Sayap dan Setia Usaha Bahagian.

Najib dalam kenyataannya menyebut bahawa salah seorang dari G7 berkenaan akan dilantik sebagai mata dan telinga disamping melaporkan terus kepada Lembaga Disiplin berkenaan sebarang perbuatan sabotaj kepada  parti menjelang proses PRU13, dengan memberi keutamaan kepada dikalangan mereka yang tidak memegang jawatan dalam parti berkenaan.

Baca petikan NST di bawah,


Difahamkan bahawa tindakan disiplin akan diambil kepada mana-mana ahli yang mensabotaj parti semasa proses PRU13 itu berlansung. Langkah ini dilihat lebih baik, kerana dengan tindakan itu mereka yang terlibat dengan unsur-unsur sabotaj, tidak akan punya access kepada rahsia dan gerak kerja parti.

Friday, February 8, 2013

Bekas Peserta Demo Jalanan Era Reformasi Bersumpah Tidak Akan Julang Anwar Ibrahim Pada PRU13

Kenangan Penulis bersama Anwar 1998

Salam Jumaat buat semua pengunjung-pengunjung dan penyokong Blog MIK, semoga dapat meluangkan sedikit masa untuk mentelaah kupasan air tangan seorang Blogger menjelang Pilihanraya Umum ke 13 [PRU 13].

Tahun 2013 sudah pasti akan berlangsungnya PRU 13. Berbeza dengan tahun lepas, ramalan demi ramalan dibuat untuk membaca apa yang ada dalam kotak pemikiran YAB Datuk Sri Najib, Perdana Menteri Malaysia. Ada tekaan mengatakan Jun, ada yang meneka selepas Syawal, ada juga yang meneka Najib akan biarkan sehingga penggal terakhir tamat….

Yang pastinya tahun ini PRU 13 akan berlaku, maka berakhirlah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional [BN] yang mendapat mandat pada tanggal 8 Mac 2008.  Pada saat dan ketika itu, BN hanya mendapat 140 kerusi Parlimen manakala Pakatan Pembangkang membuat kejutan dengan membariskan seramai 82 Ahli Parlimen untuk masuk ke Dewan Rakyat.

BN bukan sahaja hilang kuasa majoriti 2/3 malah turut kehilangan kuasa memerintah lima [5] negeri iaitu Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan masih gagal mendapatkan kerajaan negeri Kelantan….

Cuma nasib agak malang buat Pakatan Pembangkang apabila mereka terpaksa melepaskan kerajaan negeri Perak setelah 3 orang ADUN bertindak meninggalkan Pakatan dan menjadi wakil rakyat Bebas menyokong BN. Dengan itu, BN kembali berkuasa secara teknikal dan bukannya mandat rakyat dinegeri Perak.

Bahang Tsunami Mac 2008 dilihat masih berterusan, masih menggenggam sokongan rakyat apabila BN semakin longlai dan tewas pada setiap Pilihanraya kecil yang diadakan….

Bermula dengan Permatang Pauh, kemudiannya Parlimen Kuala Terengganu, Parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau kesemuanya disapu bersih oleh calon calon Pakatan Pembangkang. BN hanya berjaya menang di DUN Batang Ai sahaja ketika itu….

Pakatan meneruskan kemenangan di Manek Urai dan Penanti sebelum BN mula meraih kemenangan pertama dengan kepimpinan Perdana Menteri yang baru YAB Datuk Sri Najib menyaksikan BN menang pada PRK DUN Bagan Pinang dalam Parlimen Teluk Kemang.

Bermula dari situ, BN terus mengorak langkah mencipta satu demi satu kemenangan di DUN Galas, Parlimen Hulu Selangor, Parlimen Batu Sapi, DUN Tenang, DUN Kerdau dan DUN Merlimau. BN hanya tewas sekali iaitu Parlimen Sibu…

Kemenangan 7 kali berturut-turut BN diteruskan dengan berjaya memenangi Pilihanraya Negeri Sarawak pada bulan April 2011.

Selesai sudah kita membicarakan mengenai “score card” kedua-duanya iaitu BN dan Pakatan Pembangkang, membuat penilaian mereka menerusi keputusan PRK dan Pilihanraya Negeri Sarawak… Nampaknya seimbang, “balance” diatas kertas.

Namun hakikatnya adalah mengenai sikap porla pengundi sudah ketara dirumuskan bahawa undi kaum cina sudah tidak lagi memihak kepada BN… Semakin pudar, dan mereka secara terang-terang mentafsirkan menerusi kertas undi.

Sebagai contoh, walaupun BN menang di Tenang, namun undi dari pengundi cina di pekan Labis memihak kepada calon Pakatan. Begitu juga kisahnya pada PRK Parlimen Hulu Selangor, kemenangan Yb Kamalanathan tidak mendapat sokongan padu undi cina…

Paling ketara adalah keputusan Pilihanraya Negeri Sarawak, lihat sahaja kemenangan bergaya mana mana calon DAP disana..! Majoriti mereka sangat besar…

Seperti diduga, penyertaan kaum cina menyertai demonstrasi jalanan semakin galak dan ianya dapat dilihat pada Perhimpunan Haram Bersih 3.0 yang diadakan pada 28 April 2012, lihatdisini 


Persoalannya sekarang, apakah akan terjadi sekiranya BN tewas pada PRU ke 13 nanti, menyaksikan Datuk Sri Najib menjadi Ketua Pembangkang dan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri yang baru…?

Iya, sudah pasti kita semua mengucap panjang sambil melafazkan “Na’uzubillah Minzalik..” mintak Ya Allah kau jauhkanlah perkara ini berlaku…!

Andaikata Pakatan Pembangkang berjaya memenangi 112 kerusi dan BN hanya mampu menang 110 kerusi Parlimen, maka mimpi ngeri kita menjadi kenyataan….

Dengan berat hati kita akan menyaksikan bertahtalah jawatan Perdana Menteri sepertimana yang selalu diidam-idamkan oleh Anwar Ibrahim selama ini.

Kita jangan lupa pada peristiwa yang pernah berlaku di Pulau Pinang sebaik sahaja Koh Tsu Koon terpaksa serahkan kuasa kerajaan negeri kepada Lim Guan Eng. Maksudnya disini ialah, siapakah tetamu luar negara yang berkunjung ke Pulau Pinang ketika itu…?


Pada bulan Jun 2009, Lee Kuan Yew telah dibawa oleh Guan Eng melihat Pulau Pinang dari pejabatnya sendiri…

Lee Kuan Yew, adalah Menteri Mentor Singapura, beliau juga merupakan mantan Perdana Menteri Singapura dari tahun 1959 sehinnga 1990, suatu tempoh yang sangat lama 31 tahun….

Malah sehingga ke hari ini Kuan Yew boleh dianggap lebih “Supreme” dari segala kuasa kerana jawatannya sebagai Minister Mentor Of Singapore.

Beliau adalah pengasas parti People ‘s Action Party, iaitu sebuah parti tak ubah seperti “ayah” kepada parti DAP. Apabila Singapura dipisahkan dari Malaysia pada tahun 1965, maka kuncu kuncu PAP telah menubuhkan DAP untuk meneruskan agenda mereka di tanahair kita ini.

Berikut adalah petikan daripada Wikipedia mengenai Lee Kuan Yew;
Pada 16 September 1963, Singapura menjadi sebahagian Persekutuan Malaysia. Bagaimanapun, kesatuan ini singkat kerana berhadapan masalah perpaduan.

Kerajaan Pusat Malaysia, diperintah oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), yang bimbang dengan kemasukan Singapura kerana majoriti Cina dan cabaran politik PAPdi Malaysia.

Lee secara terbuka menentang dasar bumiputera dan melaungkan slogan "Malaysian Malaysia". Slogan ini menentang dominasi bangsa Melayu. Hubungan PAP-UMNO semakin tegang. Beberapa pemimpin UMNO mahu Lee ditangkap di bawah ISA. Jika beliau ditangkap, pro komunis akan lebih berkuasa.

Pada tahun 21 Julai 1964 rusuhan kaum berlaku di Kallang Gasworks, di mana 23 orang terbunuh dan ratusan cedera ,Orang Cina dan orang Melayu beramuk.Puncanya sebiji botol dilemparkan kepada satu perarakan Maulidur Rasul

Sudah terpadamkah kemarahan Lee Kuan Yew apabila Singapura disingkirkan dari Malaysia..? Apakah masih ada dendam dilubuk hatinya…?

Bolehkah ditafsirkan kemenangan DAP menawan Pulau Pinang ini dilihat sebagai langkah awal untuk membawa balik Singapura kedalam Malaysia…? Iya, proses seterusnya adalah menawan Putrajaya…!

Mantan Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin pernah menulis betapa curiganya beliau melihat kunjungan Kuan Yew ke pejabat Guan Eng…;
Bagi saya apa saja yang datang dari pemimpin negara pulau itu, tidak pernah jujur terhadap Malaysia. Kuan Yew kekal 'duri dalam daging' bukan saja dalam politik kita tetapi juga seluruh Nusantara Melayu.

Kedatangannya secara tergesa-gesa 'melawat' Pulau Pinang dan Kelantan sebaik saja PR melakar kejayaan besar dalam sejarah PRU Malaya/Malaysia pada 2008, sudah cukup memberi gambaran betapa hajat besar Kuan Yew untuk 'menelan' negara ini tidak pernah kunjung padam.

Beliau nampak impian besarnya kembali menyemarak apabila parti anak didiknya DAP menguasai Pulau Pinang dan Selangor serta Perak.

Mungkin mustahil untuk menakluk secara fizikal, tetapi menguasai politik dan ekonomi sudah cukup meletakkan Malaysia di bawah 'jajahan' mereka yang nyata kian terdesak dengan keluasan pulau yang tidak mampu lagi menampung keghairahan dan impian politik Kuan Yew yang kini diwarisi anaknya, Hsien Loong.
[rujukan, klik sini]


Lihat kembali petikan Wikipedia Lee Kuan Yew yang disiarkan diatas tadi…..

Kuan Yew secara terbuka menentang dasar Bumiputera…, ada rusuhan berlaku di Singapura dipercayai puncanya apabila orang cina baling botol ke arah perakakan Maulidur Rasul…

Di Pulau Pinang sebaik sahaja DAP memerintah, kenyataan pertama Lim Guan Eng ialah mahu menghapuskan Dasar Ekonomi Baru…, Ketua Menteri Pulau Pinang ini juga tidak membenarkan sambutan Maulidur Rasul di Pulau Pinang….

Nampak atau tidak…? Apakah ini berlaku secara kebetulan sahaja atau sememangnya inilah dia sikap chauvanist pimpinan parti DAP dan PAP…?

Kembali kepada persoalan awal tadi…, apakah akan berlaku sekiranya Pakatan Pembangkang berjaya menawan Putrajaya dengan memenangi 112 kerusi dan BN diumumkan tewas setelah hanya berjaya mendapat 110 kerusi pada PRU ke 13…?

JOM kita lihat apa yang tertera dibawah ini….!

Iya inilah dia Perkara 2 Perlembagaan Persekutuan.

Tidak mustahil Anwar Ibrahim yang selama ini menjadi Pak Sanggup “samiqna wa ataqna” kepada apa sahaja kemahuan DAP akan menggunakan Perkara 2 Perlembagaan Persekutuan ini…
Perkara 2 Perlembagaan Persekutuan ialah mengenai – Penerimaan Masuk Wilayah Wilayah Baru ke Dalam Persekutuan

Sangat jelas dalam 2. [a] menerima masuk Negeri negeri lain ke dalam Persekutuan.

  
Tidak perlu kuasa majoriti 2/3, ianya tidak perlu perkenan DYMM Yang Dipertuan Agong…! Bermakna Anwar, Guan Eng boleh bawa masuk semula Singapura kedalam Persekutuan Malaysia. Berita paling menggembirakan Lee Kuan Yew kerana selesai sudah masalah pembekalan air untuk mereka disana….

Tetapi yang paling gembira adalah kesemua pimpinan DAP kerana dengan kemasukan Singapura ini, bilangan kerusi Parlimen akan bertambah lagi. Di negara Singapura mereka ada 87 kerusi Parlimen, dan hampir 90% adalah wakil PAP.

Bayangkanlah…, sekiranya ada 78 kerusi akan ditambahkan kepada Pakatan maka kesemuanya akan berjumlah 190 kerusi. Secara automatik, Pakatan memiliki 2/3 majoriti kerajaan.

Apa akan jadi pada penggunaan Kalimah Allah…? Masih bolehkah azan berkumandang dimasjid masjid seperti sekarang ini…?

Apakah Pengerusi GLC gergasi seperti Petronas, TNB masih dikalangan bumiputera..??

Siapakah yang akan menjadi Menteri Kewangan, Menteri MITI, Menteri Dalam Negeri, Menteri Pertahanan…??

Apakah ada harapan untuk BN menang semula pada PRU ke 14 nanti…? Mampukah BN kembali bertahta sebagai kerajaan di negara Malaysia…?


Saya sayangkan kerajaan BN yang sedia ada, saya amat yakin dengan kepimpinan serta ketokohan YAB Datuk Sri Najib sebagai Perdana Menteri kita.

Saya tidak sanggup melihat masa depan anak anak dan cucu cicit kita hancur semata mata kita tidak bersungguh-sungguh memastikan BN menang pada PRU ke 13 ini.

Ayuh…! Marilah kita bersama sama membanting tulang, bekerja kuat untuk pastikan Pakatan tidak akan berpeluang menawan kerajaan Putrajaya, kasihanilah segala kerja kuat Najib yang sememangnya mahukan kemenangan buat BN, buat kita semua…

Airmata darah bercampur keringat…, bumi dipijak milik orang. Nenek moyang kaya raya, tergadai seluruh harta benda.

Warisan berkurun lamanya.., hasil mengalir ketangan yang lain, kita kan merintih sendiri…!!

Sekian dahulu, nukilan dari seorang Blogger – Blog MIK
(Penulis adalah antara pengikut awal Gerakan Reformasi 1998 dan pernah memegang jawatan-jawatan utama di peringkat cabang dan negeri KeAdilan (PKR) di Selangor)

  

ADUN BN Tunggal Menang Tanpa Bertanding PRU12 Umum Tidak Pertahankan Kerusi

Satu-satunya dikalangan calon yang menang tanpa bertanding dalam PRU12 mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusinya.

ADUN BN Sementa Dato' Abdul Rahman Palil yang menang kerusi DUN berkenaan tanpa bertanding, menjadi ADUN kedua di Selangor selepas ADUN BN Sg Air Tawar Dato' Raja Ideris yang mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi mereka.

"Saya memang telah menawarkan diri untuk tidak bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya kali ini tetapi jika ditawarkan bertanding kerusi Parlimen, saya akan terima.

 "Kalau tidak ditawarkan pun (kerusi Parlimen) saya tidak kecil hati,'' kata beliau kepada UTUSAN.

Exco Selangor Ronnie Liu Bingung Bila Pembantunya Hilangkan Diri Untuk Dapatkan Perlindungan di Pulau Pinang


Pegawai Khas kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor Ronnie Liu yang bernama Jafrei telah mengumumkan perletakan jawatannya.

Agak misteri bila Jafrei mengumumkan perletakan jawatan di Pulau Pinang iaitu di depan MP Nibong Tebal Tan Tee Beng.

Bagai lari dari Selangor dan ingin mendapatkan perlindungan di Pulau Pinang.

Baca laporan Berita Harian di bawah;
GEORGETOWN: Pegawai Khas kepada Exco Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Jafrei Nordin mengumumkan perletakan jawatan sebentar tadi selepas kecewa dengan sikap jahat dan rasis Ronnie Liu dan DAP. 
Pengumuman itu dibuat tepat jam 10.40 pagi di hadapan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng.