Saturday, December 22, 2012

Habis Anwar Kali Ni..... Pontianak Harum Sundal Malam Dah Minta Pulang Balik Barangnya


Silap-silap gaya habis Anwar Ibrahim kali ini.

Setelah dengan kenyataan merendah-rendahkan calon-calon Melayu yang kalah dalam pemilihan CEC DAP sebagai tidak cukup memberikan dokongan dan impak dari segi kepimpinan, Anwar akhirnya telah diminta supaya memulangkan kembali 3 kerusi kepada DAP, yang diberikan atas ihsan oleh parti berkenaan kepada PKR di Pulau Pinang semasa PRU12.


Pemimpin Melayu DAP Pulau Pinang Zulkifli Mohd Noor dalam kenyataannya di atas, seolah-olah beranggapan bahawa PKR menutup ruang pemimpin-pemimpin Melayu untuk dicalonkan bertanding dalam PRU.

Mungkin juga, Zulkifli ingin ditabalkan sebagai Exco Agama yang pertama dari DAP di Pulau Pinang?

Kesian Nizar - Pucat Lesi Dikerjakan Zambry


Nizar Jamaludin kelihatan pucat lesi bila MB Perak mendedahkan kepada Sidang DUN Perak bahawa bekas MB itu telah meminitkan arahan kelulusan kawasan kepada Pengarah Jabatan Hutan tanpa melalui Jawatan Kuasa Balak.


Alangkah baik kalau MB Perak terus mendedahkan kepada pihak mana yang diberikan oleh kelulusan oleh Nizar.

Apakah ada kecenderungan yang memungkinkan pemimpin DAP Perak Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming telah menjadikan hutan Perak sebagai medan bertatih untuk mendapatkan pengalaman?

Jika tidak masakan mereka begitu ghairah membuat pelaburan jutaan ringgit untu projek ladang hutan di Kelantan. Baca SINI untuk mengetahui aktiviti Ngeh & Nga bagi mengukir diri mereka sebagai pemain utama industri perkayuan di Kelantan.

Friday, December 21, 2012

Setia Usaha Akhbar MB Kelantan Dedahkan Ngeh & Nga Bayar RM1.5 Juta Kepada Yayasan Islam Kelantan


Hari ini Pejabat MB Kelantan melalui Setia Usaha Akhbar MB Ahmad Fadhli Shaari, mengeluarkan siaran media berhubung tanah 10,526 ekar yang diambilalih oleh pemimpin DAP Perak Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming.

Petikan kenyataan Pejabat MB di bawah, diambil dari Harakahdaily.


Mungkin ada kesilapan dalam siaran media berkenaan, apabila keluasan perkara subjek (tanah berkenaan) ditulis sebagai 10,526 hektar. Namun hal itu tidak perlulah diperbesarkan dan anggaplah sebagai kesilapan typo.

Dari penjelasan di atas, kerajaan PAS Kelantan melalui YIK, seolah-olah tidak serik dengan 2 kegagalan mereka berhubung dengan 2 pajakan tanah sebelum ini. Ngeh, Nga & rakan-rakan bukanlah nama-nama besar dalam bidang pembalakan mahupun perladangan. Khususnya Ngeh dan Nga mereka lebih terkenal sebagai ahli politik. Berapa lamakah pengalaman mereka dalam bidang tersebut?

Pajakan pertama pada tahun 2000 telah ditarik balik pada 2004. Manakala pajakan kedua yang ditandatangani  pada 2006 dengan Usahapadu Plantations Sdn Bhd yang dimiliki oleh taikun balak Dato' Seri Wong Yeon Chai a.k.a Tengku Wong juga terbengkalai sejak 2007.

Meskipun pajakan pertama ditarik balik dalam tempoh 4 tahun kegagalan perlaksanaan projek, sementara Tengku Wong dilayan agak istimewa bila masih tidak dibatalkan perjanjian walau pun terbengkalai melebihi 4 tahun (rujuk surat menyurat yang didedahkan oleh Pisau.Net).

Banyak perkara yang menimbulkan tandatanya dari penjelasan dari Pejabat MB yang antaranya:-

  • Sumbangan RM1.5 juta yang dibayar oleh Ngeh, Nga & rakan-rakan kepada YIK diatas pengambilalihan pengurusan Upayapadu, walhal YIK tidak ada kepentingan pegangan dalam syarikat berkenaan
  • Apakah amaun RM1.5 juta tersebut berupa diskaun, diatas terbengkalainya projek selama 5 tahun. Secara kasar kerugian YIK dari segi kutipan sewa pajakan (dinilai pada RM100 seekar) dianggarkan mencecah RM5 juta untuk tempoh 2007 - 2012;
  • Mengapa tidak dibatalkan perjanjian dengan Upayapadu dan mempelawa NewCo dibawah pemilikan Ngeh, Nga dan rakan-rakan?
  • Apakah kadar sewaan merupakan kadar rata untuk selama tempoh pajakan 50 tahun?
Pada anggapan saya, RM1.5 juta yang dibayar oleh pemimpin-pemimpin berkenaan lebih kepada deposit untuk pembaharuan perjanjian untuk projek berkenaan dan bukannya sebagai syarat pertukaran pengurusan Upayapadu. Malahan, ia juga merupakan diskaun terhadap tunggakan sewa sepanjang terbengkalainya projek berkenaan, yang dianggarkan tertunggak sebanyak RM5 juta.

Saya juga mengesyaki bahawa Upayapadu mempunyai projek selain dari pajakan tanah YIK. Jika tidak masakan Ngeh-Ngah sanggup mengeluarkan RM1.5 juta kepada YIK. Itu belum lagi mengambilkira amaun yang dibayar kepada Tengku Wong untuk proses pengambilalihan Upayapadu.

Seperkara lagi yang menjadi daya tarikan keatas Upayapadu ialah fasiliti kredit berjumlah RM16.2 juta dari Forest Plantations Development Sdn Bhd (FPD) iaitu GLC dibawah Lembaya Industri Perkayuan Malaysia - MTIB. (Baca SINI)

Kalau anda teliti surat menyurat pengurusan baru Upayapadu  dengan FPD, terdapat permohonan untuk menyambung baki kemudahan kredit (RM2 juta telah diguna oleh pengurusan terdahulu). 

Pada pandangan saya, FPD tidak sepatutnya melayan permohonan tersebut, bukankerana Ngeh dan Ngah adalah pemimpin DAP, tetapi atas faktor:-
  1. Projek tersebut telah terbengkali sejak 2007; dan
  2. Lembaga Pengarah (pengurusan) baru yang tidak berpengalaman dalam industri perkayuan.
Dalam pada itu, jika kadar sewa pajakan (RM100 seekar & RM150 seekar) kekal tidak berubah sepanjang tempoh pajakan, bermakna PAS tidak berpandangan jauh dan tidak pandai dalam mengendali rundingan dan seterusnya ini boleh membawa kerugian kepada YIK dalam jangkamasa panjang.

Kenyataan Terbaru Nik Aziz - "Selagi Melayu Menyokong UMNO Wajib Atas Saya Melawan Kerana Ini Barang Mungkar"


UMNO bagi Mursyidul Am PAS Nik Aziz dah umpama barang mungkar.

Kenyataan terbaru Nik Aziz yang menjelas pendiriannya, "Selagi Melayu menyokong UMNO, wajib atas saya melawan kerana ini barang mungkar."

Sesungguhnya kenyataan Nik Aziz ini mempunyai unsur ugutan kepada seluruh bangsa Melayu, walhal bagi dirinya halal pula pula bagi PAS bersahabat dengan PKR dan DAP.

Hebat sangatkah keIslaman PKR dan DAP, lantas PAS menghulurkan salam persahabatan?

Bengong!


Nga Kor Ming Tak Mahu Mengaku - "Kalau gitu salahkan orang PAS," Ujarnya

Jelas betapa Nga Kor Ming seboleh-bolehnya mahu PAS dipersalahkan.

Ini bukan sikap sahabat yang baik.

Ketika respons kepada pendedahan Adun Pengkalan Baharu Datuk Hamdi Abu Bakar berhubung pemilikan 10,526 ekar tanah oleh Nga dan Ngeh Koo Ham, beliau berkata "....salahkan orang PAS".

Ketua Penerangan PAS Pusat Sahkan PAS Mahu Hadi Awang Sebagai Calon Perdana Menteri


PAS, dalam satu kenyataan melalui siaran media Ketua Penerangan Tuan Ibrahim Tuan Man mennyifatkan serangan terhadap Presiden PAS berhubung 'Amanat Haji Hadi' adalah kerana Presiden PAS DS Abdul Hadi Awang diura-urakan sebagai calon Perdana Menteri.


Dengan kenyataan tersebut, maka terjawablah persoalan mengapa Setia Usaha Agong PAS enggan untuk menyatakan sokongan terbuka terhadap DS Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.

Thursday, December 20, 2012

Nasihat Kepada Nik Aziz & Azizan Razak Yang Juga Ada Kaitan Dengan Eli Wong Bukit Lanjan - Jagalah Hutan Simpan Masing-Masing


Bila menasihatkan MB Kedah dan Kelantan supaya menjaga hutan simpan masing-masing, tidak dapat tidak nasihat tersebut turut membabitkan Exco Alam Sekitar Selangor Eli Wong.

Ia bukan nasihat yang berbaur seksis, seperti yang disabitkan kesalahan kepada Adun Batang Kali  Mohd Isa Abu Kasim di sidang DUN Selangor. Sebaliknya ia adalah nasihat ikhlas kepada ketiga-tiga mereka.

Perlu diingatkan, apabila pendedahan oleh Pisau.Net tentang pengambilalihan Upayapadu Plantions Sdn Bhd oleh Ngeh Koo Ham & Nga Kor Ming yang membabitkan pajakan tanah 10,526 ekar di Kelantan, hakikatnya mempunyai agenda yang lebih besar dari itu.

Saya melihat bahawa pengambilalihan itu merupakan perencanaan DAP untuk menjadi Upayapadu sebagai Special Purpose Vehicle (SPV) untuk mengerjakan hutan-hutan simpan di negeri-negeri pentadbiran Pakatan Rakyat.

Mana mungkin SPV yang dicipta oleh DAP ini berhenti setakat berkhalwat dengan Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang dipengerusikan oleh Nik Aziz. Upayapadu sendiri sebelum ini dipandu oleh seorang yang robust dalam industri pembalakan iaitu Tengku Wong. [Kisahnya ada di SINI].

Bak kata pepatah, "alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan", justeru bila dah menceburkan diri ke bidang tersebut, tentunya pulangan besar yang diimpikan oleh Ngeh & Nga serta rakan kongsi mereka.

Khusus kepada Azizan Razak, cukup-cukuplah dengan penggondolan hutan di Kedah dan jangan relakan pula Upayapadu mengambil kesempatan dari ikatan persabatan anda.

Begitu juga Nik Aziz dan Eli Wong, jagalah hutan simpan masing-masing.