Saturday, April 30, 2011
Zainal Aznam Mohd Yusof Kembali Ke Rahmatullah - Al-Fatihah
Madah Soi Lek Disambut Najib
Perwakilan dalam kerajaan: Kaum Cina perlu buat pilihan, kata PM
30/04/2011 6:18pmKUALA TERENGGANU 30 April - Kaum Cina di negara ini perlu membuat pilihan sama ada untuk memilih MCA pada pilihan raya umum (PRU) akan datang atau kehilangan wakil dalam Kabinet kerajaan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Pengundi kaum Cina telah diberi mesej jelas berhubung perkara itu,” kata Perdana Menteri kepada pemberita selepas merasmikan Pangsapuri Rakyat di Pulau Duyong, di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek semalam bahawa MCA tidak akan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan pusat dan negeri sekiranya keputusan yang diperoleh oleh parti itu pada PRU akan datang lebih rendah daripada keputusan yang dicapai pada PRU ke-12.
Pada pilihan raya umum lepas, MCA memenangi 15 daripada 40 kerusi Parlimen dan 31 daripada 90 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi parti tersebut.
Najib berkata beliau melihat MCA mahu memberi satu mesej kepada pengundi keturunan Cina bahawa mereka tidak boleh menyokong pembangkang dan dalam masa yang sama mahu penyertaan kuat dalam kerajaan. - Bernama/Utusan
Moga Solat Hajat Diimamkan Nik Aziz Akan Memihak Kepada Najib Bukan Anwar
Bersangka Baiklah Yang Anwar Ibrahim Sedang Mengajar Ujian Praktikal Kepada Pelajar Kolej Swasta
- Aishah tertinggal dari rombongan kerana qada' hajat.
- Aishah tiba dengan diirungi oleh Safwan dan hal itulah yang menimbulkan fitnah.
- Aishah diasingkan oleh Rasulullah, tetapi Anwar tidak pula digantung jawatan Ketua Pembangkang.
- Ditunjukkan kepada kita Anwar di dalam bilik bukan sedang memicit kepala Amoi (merawat) dan ini mungkinlah boleh kita anggap, niat yang baik tetapi disalah tafsirkan oleh khalayak. Sebaliknya video menunjukkan aksi-aksi seks.
- Anwar bukan memencilkan diri sebaliknya mengatur strategi dan menyebarkan fitnah kepada pihak yang tidak berkenaan (UMNO dan Najib). Baikkah perbutan Anwar?
Darah Anwar Ibrahim Makin Mendidih - Najib Teringin Nak Tonton Video
Memang Patut Pun Chua Soi Lek Menjadi Jantan
Friday, April 29, 2011
Jangan Serang Teng Chang Khim - Anda Akan Kena Pao RM20,000
SHAH ALAM 29 April — Jawatankuasa Hak dan Kebebasan (JKHK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini mendapati Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah tidak bersalah atas dakwaan menghina dewan itu.
Jawatankuasa itu bagaimanapun mendapati peguam kepada Badrul Hisham, Datuk Mohd. Hafarizam Harun bersalah kerana gagal menghadiri pendengaran jawatankuasa hari ini meskipun diberikan notis sebelum ini dan memerintahkan beliau membayar denda RM20,000.
Pengerusi jawatankuasa tiga anggota yang dipengerusikan ADUN Kota Alam Shah M.Manoharan memutuskan keputusan terhadap Mohd Hafarizam dipanjangkan kepada DUN Selangor untuk pertimbangan selanjutnya.
Manoharan juga berkata, panel itu sebulat suara mendapati Badrul Hisham tidak bersalah setelah berpuas hati dengan penjelasan diberikan Badrul Hisham. — Bernama