Saturday, April 30, 2011

Zainal Aznam Mohd Yusof Kembali Ke Rahmatullah - Al-Fatihah

Dato' Dr Zainal Aznam Mohd Yusof meninggal dunia di PPUM, Petaling pagi tadi. [Laporan penuh baca SINI].

Madah Soi Lek Disambut Najib

Madah DS Chua Soi Lek telah bersambut.

Perwakilan dalam kerajaan: Kaum Cina perlu buat pilihan, kata PM

30/04/2011 6:18pm

KUALA TERENGGANU 30 April - Kaum Cina di negara ini perlu membuat pilihan sama ada untuk memilih MCA pada pilihan raya umum (PRU) akan datang atau kehilangan wakil dalam Kabinet kerajaan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Pengundi kaum Cina telah diberi mesej jelas berhubung perkara itu,” kata Perdana Menteri kepada pemberita selepas merasmikan Pangsapuri Rakyat di Pulau Duyong, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek semalam bahawa MCA tidak akan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan pusat dan negeri sekiranya keputusan yang diperoleh oleh parti itu pada PRU akan datang lebih rendah daripada keputusan yang dicapai pada PRU ke-12.

Pada pilihan raya umum lepas, MCA memenangi 15 daripada 40 kerusi Parlimen dan 31 daripada 90 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi parti tersebut.

Najib berkata beliau melihat MCA mahu memberi satu mesej kepada pengundi keturunan Cina bahawa mereka tidak boleh menyokong pembangkang dan dalam masa yang sama mahu penyertaan kuat dalam kerajaan. - Bernama/Utusan

Sudah dijangka, keputusan MCA unruk menolak semua jawatan dalam kerajaan jika prestasi buruk dalam pilihanraya akan datang, merupakan satu tugas mudah untuk PM membuat keputusan.

Sebenarnya ini bukan sesuatu yang luar biasa kerana Tun Dr Mahathir pernah mengurangkan jawatan MCA selepas pilihanraya 1995, ekoran prestasi kurang memberansangkan.

Moga Solat Hajat Diimamkan Nik Aziz Akan Memihak Kepada Najib Bukan Anwar

Insyaallah, solat hajat di rumah Anwar Ibrahim dan bakal diimamkan oleh Nik Aziz akan mendapat petunjuk baru.

Mungkinkah seruan PM, DS Najib di Terengganu meminta PAS meninggalkan Pakatan Rakyat bakal terlaksana, selepas solat hajat.

Moga Allah memberi petunjuk.

Bersangka Baiklah Yang Anwar Ibrahim Sedang Mengajar Ujian Praktikal Kepada Pelajar Kolej Swasta


Terima kasih kepada blogger Sharp Shooter kerana memaparkan video di atas untuk tontonan semua.

Namun, beberapa intipati kisah harus diteladani keseluruhannya:-

  1. Aishah tertinggal dari rombongan kerana qada' hajat.
  2. Aishah tiba dengan diirungi oleh Safwan dan hal itulah yang menimbulkan fitnah.
  3. Aishah diasingkan oleh Rasulullah, tetapi Anwar tidak pula digantung jawatan Ketua Pembangkang.
  4. Ditunjukkan kepada kita Anwar di dalam bilik bukan sedang memicit kepala Amoi (merawat) dan ini mungkinlah boleh kita anggap, niat yang baik tetapi disalah tafsirkan oleh khalayak. Sebaliknya video menunjukkan aksi-aksi seks.
  5. Anwar bukan memencilkan diri sebaliknya mengatur strategi dan menyebarkan fitnah kepada pihak yang tidak berkenaan (UMNO dan Najib). Baikkah perbutan Anwar?
Satu pihak diminta mengikut Islam, tetapi persoalannya Islamikkah tindakan Anwar?

Mungkinkah kita diajak bersangka baik yang video tersebut adalah satu proses praktikal mendidik kepada Amoi tersebut?

Seperkara yang hendak diambilkira ialah, Anwar adalah bakal pemimpin Malaysia dan apakah wajar Eskay menyimpan rahsia ini selamanya?

Darah Anwar Ibrahim Makin Mendidih - Najib Teringin Nak Tonton Video


PM secara berseloroh, teringin untuk menonton video Anwar Ibrahim.

Tonton jenaka PM di 6:49.

Memang Patut Pun Chua Soi Lek Menjadi Jantan

Presiden MCA DS Chua Soi Lek dalam kenyataannya di Melaka semalam memaklumkan bahawa MCA tidak akan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan, yang merangkumi jawatan kabinet, exco kerajaaan negeri, ahli majlis PBT dan ketua masyarakat.

Syabas Soi Lek kerana anda mempermudahkan kerja-kerja PM.

Inilah yang dikatakan jantan. Langkah ini juga, boleh dianggap sebagai langkah seberani TS Lee San Choon (bekas Presiden MCA) menentang Dr Chen Man Hin (Bekas Pengerusi DAP) dalam PRU 1982.

Friday, April 29, 2011

Jangan Serang Teng Chang Khim - Anda Akan Kena Pao RM20,000

Teladan telah dibuat.

Teng Chang Khim tidak boleh disentuh.

Dia ada immuniti.

Anda akan dihadapkan ke JKHK.

Akhirnya anda akan dipao RM20,000.00

SHAH ALAM 29 April — Jawatankuasa Hak dan Kebebasan (JKHK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini mendapati Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah tidak bersalah atas dakwaan menghina dewan itu.

Jawatankuasa itu bagaimanapun mendapati peguam kepada Badrul Hisham, Datuk Mohd. Hafarizam Harun bersalah kerana gagal menghadiri pendengaran jawatankuasa hari ini meskipun diberikan notis sebelum ini dan memerintahkan beliau membayar denda RM20,000.

Pengerusi jawatankuasa tiga anggota yang dipengerusikan ADUN Kota Alam Shah M.Manoharan memutuskan keputusan terhadap Mohd Hafarizam dipanjangkan kepada DUN Selangor untuk pertimbangan selanjutnya.

Manoharan juga berkata, panel itu sebulat suara mendapati Badrul Hisham tidak bersalah setelah berpuas hati dengan penjelasan diberikan Badrul Hisham. — Bernama